Elden Ring, pemenang kepada pelbagai anugerah termasuk “Game of the Year” dan “Ultimate Game of the Year,” membawa pengembaraan baharu kepada para Tarnished di tanah “the Lands Between”. Diumumkan tahun lepas, DLC Elden Ring Shadow of the Erdtree adalah expansion terbesar oleh FromSoftware setakat ini, di mana pemain mesti membongkar misteri dunia yang tersembunyi dalam RPG aksi fantasi tersebut.
Ini adalah pandangan pertama kami pada expansion ini, dan ternyata ia sangat besar. Diberi peluang mencuba versi previu oleh Bandai Namco Entertainment Asia, DLC Elden Ring Shadow of the Erdtree dipenuhi dengan bos menakutkan, alam yang mempesonakan, dan misteri yang perlu dibongkar.
Ingin tahu lebih lanjut? Jom baca previu kami!
Cara untuk Mengakses

Dalam temu ramah lama bersama Famitsu, produser Elden Ring Hidetaka Miyazaki menjelaskan bahawa pintu masuk ke DLC terletak di Mohgwyn Dynasty, di mana Lord of Blood, Mohg, tinggal. Dengan menyentuh lengan yang tergantung dari kepompong, pemain akan diangkut ke peta DLC, yang sepenuhnya berasingan.
Tetapi untuk mengakses DLC ini, pemain perlu mengalahkan Starscourge Radahn dan Mohg dahulu untuk membuka pintu masuk. Kedua-duanya bukan boss yang mudah, jadi saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk para pemain.
Peta Luas, Penuh Dengan Mesej Miquella

Sebaik sahaja memasuki peta DLC, kami serta-merta melihat batu nisan bertaburan di seluruh tanah, tetapi peliknya, semua batu nisan ini lutsinar. Malah, musuh yang berkeliaran pun kelihatan separuh lutsinar, seperti hantu. Tidak seperti permulaan game utama yang cerah dan ceria, DLC bermula dengan pemandangan yang sangat suram dan sayu.
Semasa meneroka lebih jauh, kami mendapati bahawa DLC masih mempunyai Sites of Grace. Walau bagaimanapun, sebagai tambahan kepada ini, DLC memperkenalkan mercu tanda baharu yang dipanggil Cross, iaitu salib emas yang dapat dilihat dalam trailer.

Setiap cross membawa mesej yang ditinggalkan oleh Miquella, sama seperti cara Melina menyampaikan kata-kata Marika setiap kali kami sampai ke Church of Marika dalam game utama. Saya berjaya menemui tiga cross sepanjang bermain, dan dalam setiap mesej, Miquella menyebut dia telah “meninggalkan sesuatu” di kawasan itu.

Biasanya terdapat NPC di sebelah cross ini. Saya tidak pasti sama ada mereka adalah watak penting kerana mereka tidak mempunyai nama, dan kami hanya boleh berdialog dengan mereka. NPC ini memberikan maklumat tentang Miquella dan nampak seolah-olah seperti pengikut Miquella. Oleh itu, saya percaya cross berfungsi sebagai salah satu cara untuk menyampaikan jalan cerita dalam DLC.
Elemen Baharu, Scadutree Fragment & Spirit Fragment

Berhampiran setiap cross, anda boleh menemui material baharu yang dipanggil Scadutree Fragment. Satu lagi material, dipanggil Spirit Fragment, boleh dikumpulkan dari kaki patung humanoid yang sedang duduk.
Scadutree Fragment digunakan untuk menguatkan Scadutree Blessing, serupa dengan Godrick’s Great Rune dalam game utama, dengan memberikan peningkatan keseluruhan kepada atribut basic pemain. Walau bagaimanapun, tidak seperti Godrick’s Great Rune, level Blessing boleh ditingkatkan dengan menggunakan Scadutree Fragment, yang meningkatkan atribut pemain secara kekal berdasarkan level Blessing. Sebaliknya, Godrick’s Great Rune hanya meningkatkan atribut sebanyak +5 dan akan hilang apabila mati.

Spirit Fragment digunakan untuk menguatkan Spirit, dengan menjadikan sahabat setia kita lebih kuat. Kedua-dua bahan ini adalah item upgrade kendiri yang hanya boleh dipakai dalam DLC sahaja, bagi sesiapa yang tertanya jika boleh digunakan dalam game utama.
Ini juga menegaskan bahawa DLC adalah dunia lain di mana farming masih diperlukan untuk menguruskan musuh dan boss. Pendekatan ini juga memberi pengalaman serba baharu kepada pemain, dan seolah-olah pengalaman baharu kepada keseluruhan gameplay.

Bagi senjata baharu, saya tidak menemui sebarang senjata baru untuk pakai dalam versi previu, jadi kemungkinan besar ia tidak tersedia untuk ujian.
Boss Masih Menakutkan

Semasa sesi previu, saya menemui dua boss utama. Yang pertama ialah singa yang dipaparkan dalam trailer gameplay, yang dikenali sebagai Divine Beast Dancing Lion.
Boleh ditemui di Belurat, Tower Settlement – boss ini menyerupai singa tarian tradisional Cina, yang terdiri daripada manusia dan seekor singa (atau manusia yang memakai kepala singa, kerana selepas mengalahkannya, kepala singa itu jatuh), yang berbalut dengan kain merah.

Ia pantas dan agresif, dengan serangan ala menerkam dan guling badan, serta tiga bentuk damage AOE. Apabila melakukan serangan AOE, ia melompat ke udara, berubah menjadi angin, kilat atau ais, dan melepaskan pelbagai bentuk damage AOE semasa mendarat.
Bos kedua yang saya jumpa ialah Rellana, Twin Moon Knight, yang boleh ditemui di Castle Ensis.
Boss ini adalah kesatria dual-wield yang berpakaian perisai bersinar. Walaupun pedang nampak pendek, jarak AOEnya sangat besar. Dia boleh membalut pedangnya dengan api dan ais, dan semasa fasa kedua, dia melancarkan sihir yang mengingatkan saya kepada spell Rennala’s Full Moon.
Dia menyerang dengan kerap dan memerlukan perhatian yang teliti semasa pertarungan. Melihat gerak-geri dan namanya, saya tertanya-tanya sama ada dia mempunyai kaitan dengan Rennala, Queen of the Full Moon.
Tahap Difficulty

Mengenai tahap difficulty (kesukaran) DLC, ia setanding dengan separuh kedua game utama. Namun, saya rasa ia lebih mencabar. Saya biasanya bermain sebagai Astrologer pada level 120 tanpa meningkatkan HP atau memakai gear dengan defense tinggi; tetapi saya musuh biasa tidak pernah sekuat seperti di dalam DLC.
Dalam DLC, saya bermain sebagai Warrior level 150, malah musuh lemah pun boleh mengambil hampir separuh daripada HP saya dengan satu pukulan, manakala musuh elit boleh membunuh saya dalam dua serangan.

Walaupun watak previu mempunyai gear yang agak basic, dan tidak menawarkan banyak perlindungan, saya yakin tajap kesukaran keseluruhan DLC lebih tinggi daripada game utama.
Pendapat

Secara keseluruhan, pendapat saya selepas memainkan Elden Ring Shadow of the Erdtree ialah: DLC ini sangat sukar, tetapi masih sangat menyeronokkan.
Pertama sekali, sistem upgrade baharu menyediakan pemain lama, yang telah memaksimumkan watak mereka, dengan peluang untuk membina watak mereka semula demi menghadapi musuh yang lebih kuat – yang secara tidak langsung membendung kebosanan pertarungan dan eksplorasi lama.

Memandangkan jalan cerita utama kini menceritakan tentang Miquella dan bukannya Marika, rasanya seperti kita melangkah ke dunia baharu dan menerokai naratif serba baharu. Previu ini hanya merangkumi sebahagian kecil daripada jalan cerita, sehingga saya sendiri tidak puas hati kerana masih tidak tahu apa yang akan terjadi.
Tahap kesukaran ternyata melebihi game utama. Masih terdapat banyak musuh yang datang menyerang hendap, laluan yang rumit dan sukar ditemui, dan kawasan yang boleh menyebabkan pemain cuai terjatuh secara tidak sengaja, semuanya masih ada.

Jika anda bertanya sama ada ia berbaloi, jawapan saya adalah ya. Saya tidak dapat memikirkan apa-apa sebab lain; pemain Elden Ring wajib membeli DLC ini.
Elden Ring kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam manakala expansion “Shadow of the Erdtree” akan dikeluarkan pada 21 Jun.
@gamersantaimy
Discussion about this post