Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shooter gila kegemaran ramai Borderlands 3 akhirnya keluar! Tunggu apa lagi?

Boleh didapati di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 13, 2019
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Shooter gila kegemaran ramai Borderlands 3 akhirnya keluar! Tunggu apa lagi?
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, 2K dan Gearbox Software dengan bangga mengumumkan bahawa Borderlands 3, judul seterusnya dalam siri shooter terkenal yang telah memenangi pelbagai anugerah, kini boleh didapati di seluruh dunia untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Epic Games . Pelancaran ini menandakan kemunculan semula siri ini sebagai pemimpin genre yang sebenar, dengan judul shooter terbaik dalam kelas, customization yang lebih mendalam, lawak yang masih kurang sopan dan watak-watak yang tidak mudah dilupakan, serta multiplayer yang intuitif dan inovatif.

https://www.youtube.com/watch?v=Av5Eyx3bGtM&feature=youtu.be

Borderlands 3 meluaskan dan meningkatkan banyak ciri-ciri utama daripada judul sebelum, sambil memperkenalkan konsep baru yang inovatif. Antara ciri utama dan konsep baru ialah:

Pengembaraan yang Penuh Kegilaan dan Kacau Bilau!

  • Kembar Calypso yang jahat telah menyatukan puak-puak bandit dan main menghampiri kuasa mutlak galaksi. Hanya kamu, seorang Vault Hunter empunyai senjata dan rakan-rakan untuk menumpaskan mereka. Bongkarkan segala misteri, berinteraksi bersama penduduknya, dan kenali naratif Borderlands yang luas.

Vault Hunter kamu, Playstyle kamu!

  • Jadi salah satu daripada empat Vault Hunter baru luar biasa, dilengkapi dengan kebolehan dan gaya permainan unik, skill tree yang mendalam, dan banyak pilihan customization.

Senjata daripada Pelbagai Variasi!

  • Dengan pelbagai senjata berbeza, termasuk senjata legenda khas untuk di-unlock, pilihan kamu memang tidak terhingga. Shotgun dengan perisai peluru? Senapang dengan tambahan damage elemen? SMG yang tumbuh kaki dan mengejar musuh? Semuanya ada!

Borderlands Baru!

  • Temui dunia baru di luar Pandora, masing-masing dengan ciri unik untuk teroka dan musuh untuk membunuh. Jelajah melalui padang pasi, berlawan merentasi bandaraya yang ditinggalkan, menavigasi paya maut, dan banyak lagi!

Aksi Co-Op yang Pantas dan Mantap!

  • Dengan sistem “level-sync” baru, pengalaman sangat lancar untuk setiap individu. Ini bermakna kamu boleh bermain dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa online atau split-screen co-op, tanpa mengira level atau kemajuan misi. Tambahan pula, apabila kamu menewaskan musuh dan misi sebagai satu pasukan, “loot instancing” memastikan kamu memperolehi ganjaran hanya untuk diri sendiri – tiada siapa yang terlepas.

Korang boleh main Borderlands 3 bermula sekarang di untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Epic Games. Dengan beberapa edisi yang penuh dengan kandungan bonus, peminat boleh memilih yang sesuai bagi mereka:

  1. Borderlands 3 Standard Edition – [RM239.00]
  2. Borderlands 3 Deluxe Edition – [RM319.00]
  3. Borderlands 3 Super Deluxe Edition – [RM399.00]
Tags: 2kBorderlands 3Epic GamesGearbox SoftwarePCPlayStation 4
Previous Post

Tiket Advance Tayangan Filem ONE PIECE STAMPEDE di GSC Malaysia boleh didapati bermula esok!!

Next Post

Mario Kart Tour akan keluar 25 September! Pra-daftar untuk peranti mobile kamu sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Mario Kart Tour akan keluar 25 September! Pra-daftar untuk peranti mobile kamu sekarang!

Mario Kart Tour akan keluar 25 September! Pra-daftar untuk peranti mobile kamu sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd