Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Vincent Valentine, Antihero Kegemaran Semua – Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama Matthew Mercer

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 22, 2024 - Updated on May 24, 2024
in Artikel, Berita, PS5, RPG, Temuramah
0 0
0
Vincent Valentine, Antihero Kegemaran Semua – Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama Matthew Mercer
Share on FacebookShare on Twitter

MIsteri dan tidak banyak yang diketahui, Vincent Valentine merupakan anti-hero kegemaran semua peminat dalam francais FINAL FANTASY. Asalnya boleh dimainkan sebagai watak optional dalam FINAL FANTASY VII original, dia masih muncul di dalam FINAL FANTASY VII REBIRTH, tetapi bukan watak yang boleh dimainkan tetapi masih cukup penting.

Kredit: Square Enix

Merupakan bekas Turk dengan sejarah silam yang gelap, rahsia Vincent sebenarnya berkaitan dengan antagonis utama dalam siri FINAL FANTASY VII, iaitu Sephiroth. Cloud dan rakan-rakan lain temui Vincent, yang sedang tidur di dalam keranda di ruang bawah tanah Shinra Mansion, lalu dia menyertai mereka dalam usaha untuk memburu Sephiroth.

Kredit: Square Enix

Di sini, kami berpeluang bercakap dengan Matthew Mercer, pelakon suara prolifik yang meminjamkan suaranya kepada Vincent Valentine dalam FINAL FANTASY VII REBIRTH, untuk membincangkan bagaimana dia mempersembahkan watak tersebut.

Vincent Valentine adalah watak yang misteri dan enigma. Bagaimanakah anda menangkap personalitinya yang suram dan latar belakang yang rumit dalam lakonan anda? Adakah anda bermain Dirge of Cerberus: FINAL FANTASY VII untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang watak itu?

Kredit: Square Enix

Matthew Mercer: Saya memang telah main Dirge of Cerberus, dan siap bermain apabila ia mula-mula keluar lagi!

Bagi saya, meneliti latar belakang Vincent dan mempertimbangkan kisah tragisnya membantu saya mencapai keadaannya, secara emosi, apabila Cloud dan kru pertama kali bertemu dengannya.

Dia jauh lebih berhati-hati, tidak percaya, dan dingin kerana sejarah dan traumanya, jadi saya ingin menandakan titik permulaan itu supaya kita dapat menikmati pembukaan hatinya, secara perlahan-lahan, kepada yang lain melalui game ini dan akan datang.

Memahami dari mana dia berasal, dan ke mana dia harus pergi, membantu saya menepati perasaannya dan suramnya dengan betul.

Dalam game original, Vincent mempunyai pelbagai transformasi untuk Limit Break. Yang mana satu kegemaran anda? Adakah anda mula membayangkan bagaimana bunyinya?

Kredit: Square Enix

Matthew Mercer: Sukar untuk mengalahkan Chaos, bukan semata-mata kerana jalan cerita, tetapi reka bentuk keseluruhannya memang MENAKJUBKAN. Sekadar melihat apa yang mereka lakukan dengan Galian Beast dalam Rebirth, saya tidak sabar untuk melihat di mana kita akan pergi untuk yang seterusnya. Dan anda boleh yakin saya telah bermain dengan pelbagai jenis bunyi yang mungkin dia ada.

Mengapa anda memilih Sephiroth sebagai cosplay pertama anda? Adakah anda mahu cosplay sebagai Vincent?

Kredit: Square Enix

Matthew Mercer: Sebahagiannya kerana saya mempunyai keserasian dengan watak itu dan reka bentuknya yang anggun serta peribadinya yang gelap dan jahat.

Saya mahu mencipta semula itu dan menjelmakannya. Maklumlah, ia untuk Halloween pada tahun yang sama FF7 dikeluarkan, dan saya mempunyai sedikit pengalaman dengan kostum berbanding dengan diri saya pada sedekad kemudian.

Saya bersyukur dapat reka semula kostum Sephiroth saya dan menjadikannya lebih mirip dalam fikiran saya. Saya juga perlu mencuba Cloud! Saya ingin cuba cosplay sebagai Vincent suatu masa nanti. Maksud saya… saya kini hampir sesuai dengan usia, hehe.

Adakah anda rasa pengalaman sebagai Dungeon Master membantu anda dalam lakonan suara?

Kredit: Square Enix

Matthew Mercer: Saya rasa ia pasti membantu!

Dungeon Mastering saya di sekolah menengah yang membantu saya meneroka pelbagai suara, serta berlatih membuat persembahan dan improvisasi perwatakan. Seperti beberapa kaedah latihan, DM boleh menjadi saluran untuk mengasah kraf anda sebagai penghibur.

Ia sama sekali bukan pengganti untuk latihan formal, tetapi ia pastinya tidak mengganggu!


Kredit: Square Enix

Maka, tamatlah interviu ini dan ribuan terima kasih kepada Matthew Mercer sebagai pelakon suara Inggeris Vincent Valentine kerana sudi menjawab soalan kami. Bagi mereka yang berminat, FINAL FANTASY VII REBIRTH kini tersedia untuk PlayStation 5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy VII RebirthinterviuMatthew MercerVincent Valentine
ShareTweetSend
Previous Post

Sahabat & Tokoh Ayah Boleh Dipercayai, Barret Wallace – Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama John Eric Bentley

Next Post

EA SPORTS FC Tactical Tersedia Sekarang di iOS & Android – Download Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
“Pure Cinema Dalam Bentuk Game” – Zhafvlog, Najmi The Kampung Nerd & Maxhaze Berkongsi Pengalaman Death Stranding 2
Tempatan

“Pure Cinema Dalam Bentuk Game” – Zhafvlog, Najmi The Kampung Nerd & Maxhaze Berkongsi Pengalaman Death Stranding 2

June 27, 2025
Next Post
EA SPORTS FC Tactical Tersedia Sekarang di iOS & Android – Download Sekarang!

EA SPORTS FC Tactical Tersedia Sekarang di iOS & Android - Download Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd