Hari ini, Electronic Arts Inc (EA), dan KLab Inc mengumumkan pelancaran rasmi EA SPORTS FC Tactical – game mobile “bola sepak turn-based” pada peranti mobile.
Game ini menampilkan simulasi interaktif dengan gameplay strategik turn-based dan akses kepada lebih 5,000 pemain autentik di lebih 10 liga, termasuk Liga Perdana, LALIGA, Bundesliga, Ligue 1 dan Serie A.
Tentang Game Ini
EA SPORTS FC Tactical menekankan strategi dalam permainan, seperti stamina dan pengurusan power-play. Perlawanan disimulasikan, dengan peluang berasaskan giliran untuk bertahan, menyerang, melakukan skill move dan membuat percubaan gol ke sasaran, untuk menghasilkan aksi bola sepak yang tulen.
Perlu diberi perhatian, ini juga adalah game berbentuk gacha. Pemain boleh mengumpul dan menguatkan pemain untuk membina pasukan sendiri. Melatih pemain untuk menguasai Skill Move masing-masing, buka ciri Trait yang terbaik, tingkatkan Rarity pemain dan ubah strategi secara masa nyata semasa perlawanan berlangsung.
Game ini akan menampilkan pelbagai mode yang boleh dimainkan, daripada perlawanan friendly online kepada pertandingan sengit, termasuk perlawanan Rank, League, dan Guild. Selain pemain, anda juga boleh mengubahsuai pasukan dengan pelbagai item seperti reka bentuk stadium, kit baju dan bola.
Jadi, kumpul skuad impian anda dan bersaing dengan pemain lain dari seluruh dunia untuk merealisasikan legasi bola sepak anda sendiri.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh muat turun EA SPORTS FC Tactical sekarang melalui App Store atau Google Play Store!
@gamersantaimy
Discussion about this post