Trailer terbaru untuk Final Fantasy 7 Remake baru sahaja dikeluarkan sebentar tadi sebagai sebahagian pengumuman Square Enix untuk Tokyo Game Show 2019, dan memang trailer ini menunjukkan banyak saat-saat ikonik daripada game asal tahun 1997.
Treler ini menunjukkan adegan-adegan utama daripada permainan, termasuk perselisihan dengan ahli organisasi misteri Turks bersama Cloud dan Aerith di gereja, kemunculan ketua mafia Don Corneo, dan kemusnahan Sector 7. Terdapat banyak petunjuk untuk saat-saat ikonik lain seperti pendedahan mini-game yang menyuruh pemain berjongkong, summon dalam bentuk Ifrit dan Shiva, 7th Heaven Bar milik Tifa , dan aksi kejar-mengejar motosikal boleh kelihatan di sini.
Yang lebih penting ialah adegan-adegan yang kelihatan baru untuk versi Remake. Terdapat segmen paragliding dan kehadiran seorang watak watak baru sedang menunggang motosikal. Makhluk seperti hantu yang kita lihat di E3 2019 juga termasuk dalam trailer baru di atas.
![[TGS 2019] Trailer baru Final Fantasy 7 Remake menampilkan Turks, Summon Baru, dan Mini-Game Lucu!](https://cdn.gamersantai.com/2019/09/ff7-remake-fp-750x375.jpg)



![[TGS 2019]- Kuat dan comel! Ini ulasan pengalaman bermain watak Carrot dalam ONE PIECE PIRATE WARRIORS 4!](https://cdn.gamersantai.com/2019/09/OPPW-75x75.png)




Discussion about this post