Re:Legend bermula apabila kamu tersadai di Pulau Vokka tanpa sebarang memori dalam hidup. Akibatnya, kamu perlu bermula kehidupan baru di pulau tersebut untuk memulihkan ingatan dengan membuat kawan baru, kembangkan kampung, menanam, memancing, melombong dan sebagainya, serta menangkap dan memelihara makhluk bernama Magnus.
Terdapat lebih daripada 300 Magnus di dalam Re:Legend, dengan lima kawasan yang terdiri dari tanah Ethia yang melalui empat-empat musim. Ini adalah game yang agak besar dengan banyak kandungan untuk diterokai. Saya banyak memberi tumpuan terutamanya kepada membela Magnus dan pertempuran.
Dalam judul simulasi RPG ini, semuanya boleh dibela, daripada Magnus biasa yang kamu lihat di sekitar hingga ke Magnus di dalam boss battle. Untuk menjinakkan Magnus, kamu perlu mencari makanan yang disukainya, memberi makan kepada Magnus, dan kemudian selesaikan mini-game untuk menjinakkan Magnus dan menjadikannya salah satu daripada sekutu kamu.
Jika saya memilih untuk tidak menjinakkan Magnus, saya harus melawannya. Sistem pertempuran sendiri agak mudah dengan hanya menekan butang untuk ia menyerang. Tiada kombo yang memeningkan. Health bar akan turun dan akhirnya Magnus akan kalah dan hilang. Jika kamu membawa Magnus (boleh membawa hingga dua sekaligus), mereka juga boleh menyerang walaupun kamu sedang menunggang. Satu lagi perkara penting adalah untuk megelak serangan musuh semasa bertarung supaya health bar tidak berkurang. Sistem pertempuran yang sangat asas kan? Sangat mudah untuk faham dan sangat bagus untuk setiap golongan cuba bermain tidak kira muda atau tua.
Selain bertarung dan sibuk menjinakkan Magnus, muzik dan landskap di Re:Legend sangat mengagumkan. Saya diumumkan bahawa orkestra yang melakukan soundtrack untuk Re:Legend adalah orkestra yang sama untuk FINAL FANTASY XV, dan soundtrack-nya memang berkualiti dan padan dengan situasi semasa. Landskap sekeliling juga sangat menakjubkan untuk dilihat, dan tanpa sedar, beberapa kali sudah saya menatap alam sekitar semasa bermain. Saya ada juga pergi melombong dan memancing, dan kedua-duanya santai untuk bermain dengan mekanik yang mudah difahami.
Re:Legend adalah judul, yang pada pandangan pertama, muncul sebagai sesuatu yang comel dan berwarna-warni tanpa kandungan yang berkualiti. Walaupun baru sahaja meneroka sebahagian kecil daripada Ethia, saya mendapati bahawa pendapat ini sememangnya tidak benar kerana terdapat terlalu banyak content dan rahsia untuk pemain unlock. Saya baru sahaja mengkaji daripada aspek menjinakkan Magnus sahaja dan masih banyak saya perlu buat.
Re:Legend kini berada di peringat Early Access di Steam, dan saya sarankan kamu cuba game ini untuk pengalaman RPG yang mendalam dan penuh kandungan untuk nikmati.
@gamersantaimy
Discussion about this post