Ramai yang menantikan pelancaran game baharu Hades sejak sekuelnya diumumkan pada 2022. Nampaknya pemain berpeluang untuk mencubanya lebih awal nanti. Diumumkan oleh pembangun, Supergiant Games akan mengadakan technical test untuk game Hades 2. Ujian ini dilakukan untuk mencari dan menyelesaikan isu teknikal yang mungkin terlepas pandang oleh pembangun. Dengan ini pemain akses awal boleh mendapatkan pengalaman yang lancar semasa bermainnya.
Menurut pembangun itu, ujian tersebut akan dilakukan apabila pelancaran akses awal game menghampiri. Melihat daripada mesej yang diberikan, nampaknya game itu akan dilancarkan tidak lama lagi.
Buat anda yang berminat untuk sertai technical test Hades 2, anda boleh pergi ke halaman Steam game dan klik butang “Request Access” pada bahagian Hades II playtest.
Memandangkan ini hanyalah ujian game, jadi tidak begitu banyak kandungan yang anda boleh mainkan. Jumlah pemain yang akan dapat sertai juga mungkin sedikit sahaja. Jika anda tidak terpilih, ada kemungkinan besar akan anda dijemput pada masa akan datang kerana Supergiant Games merancang untuk membawa lebih ramai pemain untuk mencubanya.

Antara kandungan yang terkandung untuk technical test ini majoritinya pada kawasan pertama game. Anda akan bertemu dengan beberapa watak serta diperkenalkan kepada sistem game. Jika berjaya menyelesaikan kawasan pertama itu, game akan meminta anda untuk berhenti main. Dengan ini, kandungan akses awal tidaklah begitu jauh.

Pembangun juga tidak tahu bila mereka akan melancarkan Hades 2, jadi tidak pasti berapa lama ujian ini akan dilakukan. Menurut mereka, ia lebih panjang daripada seminggu dan tidak mencapai sebulan. Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa untuk mendaftarkan diri untuk ujian ini.
Untuk mendapatkan segala berita mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post