Xbox telah mengumumkan tambahan lima game baharu untuk semua pelanggan Game Pass pada bulan April 2024. Antara game yang akan ditambah adalah Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes, Manor Lords dan banyak lagi! Jom kita lihat lebih lanjut mengenai semua game ini.
Orcs Must Die! 3 (Cloud, Konsol & PC) – 17 April

Siri tower defense popular ini membawa anda untuk memburu segala orc yang anda jumpa! Main secara solo atau co-op 2-pemain dengan melengkapkan diri anda dengan senjata besar dan perangkap.
EA Sports NHL 24 (Konsol) EA Play – 18 April

NHL 24 hadir melalui Game Pass Ultimate dengan EA Play! Inilah masanya untuk anda bawa pasukan anda untuk dapatkan Piala Stanley!
Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes (Cloud, Konsol & PC) – 23 April
Alami pengembaraan JRPG yang hebat dengan Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes! Bawa parti 6 orang yang boleh dipilih daripada barisan lebih daripada 100 hero dan bentukkan nasib anda dalam dunia fantasi yang penuh dengan peperangan, tipu daya dan sihir.
Another Crab’s Treasure (Cloud, Konsol & PC) – 25 April
Sebuah pengembaraan soulslike di mana anda bermain sebagai Kril, seekor ketam hermit yang menggunakan cengkerangnya untuk menahan serangan musuh berkali-kali gandanya. Mulakan quest untuk mendapatkan harta karun epik untuk membeli semula cengkerang yang telah diambil.
Manor Lords (Game Preview) (PC) – 26 April
Game yang mendapat perhatian ramai, Manor Lords merupakan game medieval strategi yang menampilkan bangunan bandar, pertarungn taktikal berskala besar dan simulasi ekonomi yang kompleks.
Pada 30 April nanti, lapan game akan meninggalkan Game Pass. Kalau anda ingin menyimpannya dalam akaun, terdapat 20% diskaun tersedia untuk anda memilikinya. Berikut adalah senarai game yang akan meninggalkan Xbox Game Pass April 2024:
- 7 Days to Die (Cloud, Konsol & PC)
- Besiege (Cloud, Konsol & PC)
- EA Sports NHL 22 (Konsol)
- Loot River (Cloud, Konsol & PC)
- Pikuniku (Cloud, Konsol & PC)
- Ravenlok (Cloud, Konsol & PC)
Kalau ada yang berminat untuk bermain game PC yang disediakan, anda perlu langgan PC Game Pass dengan hanya RM15 sebulan. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game pass, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post