Setelah menyepi beberapa minggu, pembangun Pocketpair telah mengumumkan kemas kini baru untuk Palworld yang memperkenalkan Raid Battle pertama serta banyak penambahbaikan baru untuk memberikan pengalaman yang baik untuk pemain.
Seperti yang diacah, Raid Battle pertama Palworld memaparkan Pal baru bernama “Bellanoir”. Dengan mengaktifkan Summoning Altar, Bellanoir akan muncul. Kalahkan raid boss ini bersama-sama Pal di base anda. Terdapat juga versi “Extreme” untuk anda yang sukakan cabaran. Tetapi ianya sangat susah, jadi fikir elok-elok sebelum mulakan battle!
Bersama-sama pengumuman tersebut, beberapa penambahbaikan baru yang telah dibawa dalam kemas kini bahru game. Antaranya adalah:
- Anda boleh membina bangunan dengan lebih bebas
- Watak pemain sudah boleh diubah menggunakan “Antique Dresser”
- “Ore Mining Site” kini boleh dibina di base untuk mendapatkan bekalan ore dengan lebih mudah
- Memperkenalkan “Electric Egg Incubator”, membolehkan anda mengeram telur tanpa risau tentang suhunya
- Pal lebih mudah ditangkap dengan skill pasif “Mercy Hit”
- Stat Pal boleh dilihat dengan lebih mudah dengan “Ability Glasses”
- Item super rare baharu “Stat Fruit” diperkenalkan untuk meraih Pal yang lebih kuat
Ada banyak lagi penambahan baru yang bakal membuatkan pengalaman bermain anda dalam Palworld lebih baik.

Promosi Steam
Buat anda yang masih belum mempunyai Palworld dan ingin mainkannya, sekarang ini ada promosi khas untuk anda dapatkan game tersebut dengan harga lebih murah. Game itu kini ditawarkan pada harga RM 64.80 di Steam, 10% lebih murah berbanding sebelum ini. Game lain daripada pembangun seperti Craftopia dan AI Art Imposter juga menerima potongan harga di Steam.

Kemas kini besar akan datang
Pocketpair turut merancang untuk mengeluarkan kemas kini besar untuk Palworld pada musim panas 2024 (anggaran Julai – September). Dalam kemas kini itu, pemain akan diperkenalkan dengan pulau baharu yang dihuni dengan pelbagai spesis pal baru. Tower boss baru juga akan didedahkan termasuklah bangunan dan senjata baru. Jadi nantikan kemas kini ini pada masa akan datang.

Palworld tersedia di Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Xbox Game Pass. Untuk mendapatkan segala berita mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post