Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[PEF 2019] Kami takkan berada di sini tanpa sokongan semua orang – Bersama Juara PUBG Penang Esports Festival 2019!

Juara paling santai pernah kami temu ramah.

Jade Ice by Jade Ice
September 9, 2019
in Acara, Artikel, Berita
0 0
0
[PEF 2019] Kami takkan berada di sini tanpa sokongan semua orang – Bersama Juara PUBG Penang Esports Festival 2019!
Share on FacebookShare on Twitter

Juara untuk PUBG di Penang Esports Festival 2019 telah pun di nobatkan dan ianya adalah Clan Rage Unleashed Classicos. Pasukan ini di anggotai oleh (IGN) Bell, RageKing, RageToi dan RageBonai.

Nama sebenar masing-masing adalah RageBell (bersempena dengan nama isterinya; Bella), Aidil Ashraf bin Kamal Ariffin; berperanan sebagai ketua pasukan, RageKing, Raja Danial Afzan bin Abd Aziz daripada Shah Alam sebagai pemangku ketua; RageToi, Muhamad Razlan bin Mohd Jeri daripada Perak dan RageBonai, Muhammad Imran Fairus bin Mohamad Fairus daripada Kajang.

Bell sebagai ketua pasukan memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi ganjaran kepada usaha yang mereka curahkan, dan menurutnya mereka masih dalam kejutan. Sepanjang tournament mereka telah bermain secara kompetitif walaupun mereka menentang kumpulan rakan-rakan yang mereka selalu bertempur.

Bonai juga terkejut kerana tidak menyangka mereka boleh pergi sejauh ini, pendapat ini turut dikongsi oleh RageToi. Bonai juga turut berkongsi bahawa penyertaan mereka dalam tournament-tournament sebelum ini tidak mendatangkan hasil namun mereka tidak pernah berhenti mencuba.

Bell mengatakan yang Rage Unleashed Classicos asalnya adalah sebuah clan lama daripada satu game yang lama ketika dia berusia 16 tahun. Kumpulan itu berhenti seketika ketika dia berusia 17 tahun setelah salah seorang ahlinya berhenti, namun pada Season 2; ianya kembali bernyawa.

Berbincang berkenaan strategi, jawapan Bell adalah mudah iaitu “satu kepala dan masing-masing dengan skill tersendiri”. Setiap mereka mempunyai peranan tersendiri; RageToi adalah penyerang utama mereka, RageBell yang bergerak solo berfungsi sebagai pencipta strategi dan juga peninjau, RageKing bertindak di bahagian sayap, zon lead dan juga penembak tepat dan RageBonai bermain sebagai sokongan dan membekalkan tembakan bantuan. Secara amnya mereka menggunakan taktik yang sama tetapi ianya akan di adaptasi mengikut keadaan, zon dan lokasi musuh. Mereka tidak akan loot di tempat yang sama.

Untuk aktiviti dan pelan di masa terdekat, mereka bercadang untuk mengendalikan sebuah mini tournament pada awal Oktober ini. Pada awal Januari nanti, mereka bercadang untuk bercuti sebagai kumpulan dengan disertai ahli keluarga mereka di A’Famosa Melaka, dan mereka turut mengalu-alukan Clan lain untuk menyertai mereka. Ini semua adalah satu kemestian kerana keluarga mereka semua menyokong kerjaya mereka dalam esport.

Sebagai pasukan, mereka bersedia untuk mencuba nasib dalam PUBG Mobile Club Open, satu acara kemuncak yang di idamkan ramai pemain PUBG Mobile.

Sebagai pesanan kepada peminat dan pemain esport diluar sana, mereka menekankan bahawa semangat untuk terus berusaha amat penting; tidak kira berapa banyak kekalahan yang telah dihadapi. Teruskan mencuba dan rezeki ada dimana-mana. RageBonai pula dengan bersahaja berkata pemain-pemain perlu membuang ego dalam permainan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Penang Esports Festival 2019pubgRage Unleashed Classicosragebellragebonairagekingragetoi
Previous Post

[PEF 2019] Saya akan cuba yang terbaik untuk memperbaiki diri – Juara Evo GO1 menguasai kejohanan Dragon Ball FighterZ!

Next Post

[PEF 2019] Fokus dan lebihkan latihan – Ayen dan Syameer Juara FIFA19!

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[PEF 2019] Fokus dan lebihkan latihan – Ayen dan Syameer Juara FIFA19!

[PEF 2019] Fokus dan lebihkan latihan - Ayen dan Syameer Juara FIFA19!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd