Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ride Kamens Diumumkan, Game Mobile Baharu Francais Kamen Rider!

Maira by Maira
February 7, 2024
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile
0 0
0
Ride Kamens Diumumkan, Game Mobile Baharu Francais Kamen Rider!

©石森プロ・東映 © BANDAI

Share on FacebookShare on Twitter

Tiada angin tiada ribut, tahu-tahu francais Kamen Rider akan mendapat game baharu tidak lama lagi. Bandai Namco telah mendedahkan game mobile francais bertajuk “Ride Kamens” dan ia akan tersedia di iOS dan Android.

©石森プロ・東映 © BANDAI

Kalau anda ingin tahu, Ride Kamens akan dibangunkan oleh Liber Entertainment dan ianya akan percuma untuk dimainkan dengan pembelian dalam talian tersedia. Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran rasmi yang diumumkan. Nampaknya game ini mungkin tersedia di Jepun sahaja nanti. Apa pun kita tunggu pengumuman lanjut mengenainya pada 9 Februari ini.

Antara perkara menarik mengenai game ini adalah staf-staf yang terlibat dalam pembangunan game ini. Draf watak utama telah dihasilkan oleh Hiroko Utsumi, yang terlibat dalam siri anime seperti SK8 the Infinity, Bucchigiri?! dan banyak lagi. Jadi mungkin kita akan melihat ramai Kamen Rider ikemen dalam game ini nanti.

Producer game pula merupakan Naomi Takebe yang juga producer untuk siri Kamen Rider Geats, Kamen Rider Gaim, Kamen Rider OOO dan banyak lagi. Skripnya pula akan dihasilkan oleh Yuya Takahashi yang juga penulis skrip untuk beberapa siri Kamen Rider seperti Kamen Rider Geats, Kamen Rider Ex-Aid dan lain-lain.

©石森プロ・東映 © BANDAI

Ishimori Production dan Toei, yang telah menghasilkan siri televisyen dan filem live action francais turut bekerjasama untuk projek original ini. Tidak sabar untuk melihat apa yang akan didedahkan untuk game ini nanti.

Untuk mendapatkan segala berita mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: kamen riderRide Kamens
ShareTweetSend
Previous Post

Kemunculan Zack, Kandungan yang Pelbagai & Game Kad Queen’s Blood — Interview Khas Final Fantasy VII Rebirth!

Next Post

Xbox Game Pass Februari 2024 Bawa Resident Evil 3, Madden NFL 24 & Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Xbox Game Pass Februari 2024 Bawa Resident Evil 3, Madden NFL 24 & Banyak Lagi!

Xbox Game Pass Februari 2024 Bawa Resident Evil 3, Madden NFL 24 & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd