Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

vivo X100 Pro Rasmi Lancar di Malaysia, Alami Pengalaman Fotografi Baharu Dengan Harga Bermula RM 3499!

Maira by Maira
January 3, 2024
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
vivo X100 Pro Rasmi Lancar di Malaysia, Alami Pengalaman Fotografi Baharu Dengan Harga Bermula RM 3499!
Share on FacebookShare on Twitter

vivo secara rasminya melancarkan telefon pintar flagship baharu mereka iaitu X100 series, yang mampu memberikan keupayaan fotografi profesional dan prestasi yang berkuasa. Siri ini hadir dengan dua model iaitu X100 dan X100 Pro dengan kedua-duanya tampil dengan peningkatan sistem pengimejan vivo ZEISS. vivo X100 Pro memperkenalkan ZEISS APO Floating Telephoto Camera yang serba boleh, Kamera Utama ZEISS 1-inci, dan menyokong Video Potret Sinematik 4K untuk kualiti video yang menakjubkan. vivo bekerjasama rapat dengan MediaTek untuk menentukan pengalaman SoC unggul untuk siri X100. Kedua-dua model didatangkan dengan Dimensity 9300 yang berkuasa dan cip pengimejan tersuai , dilengkapi dengan kapasiti bateri yang dipertingkatkan untuk prestasi yang lancar.

Meneruskan reka bentuk yang kelihatan bergaya dan ringan, X100 membawakan dua jenis reka bentuk iaitu Startrail Blue dan Asteroid Black.

Sumber: Gamer Santai

Meneruskan legasi siri X dengan ciri kamera yang lebih berkuasa 

X100 Pro menampilkan Kamera Utama 50MP ZEISS 1-inci, Kamera Telefoto Terapung ZEISS APO 50MP dan Kamera Super Wide-Angle 50MP. Kamera Telefoto Terapung ZEISS APO dilengkapi dengan piawaian Vario-Apo-Sonnar baharu daripada ZEISS untuk tangkapan jarak dekat dan jarak jauh yang sangat baik. Ia juga menggunakan Floating Elements Design, yang menetapkan penanda aras baharu dengan apertur f/2.5 untuk memastikan kualiti imej yang tinggi dalam pelbagai senario, walaupun dari 6X hingga 10X. X100 Pro ialah sistem pengimejan mobile pertama di dunia yang mencapai pensijilan APO. Optical Precision Calibration turut memastikan kamera utama pada X100 Pro memberikan ketajaman dan kualiti imej yang konsisten.

Sumber: Gamer Santai

X100 dilengkapi dengan Kamera Utama VCS True Color 50MP, Kamera Telefoto ZEISS 64MP dan Kamera Super Wide-Angle 50MP. Kedua-dua X100 dan X100 Pro hadir dengan ZEISS T* Coating yang membantu menghasilkan semula warna dengan tepat sambil mengurangkan pantulan cahaya, membolehkan pengguna menangkap imej yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya yang kompleks.

Siri X100 juga telah dioptimumkan untuk keupayaan peneraju industri dalam fotografi matahari terbenam dan matahari terbit, disokong oleh perkakasan telefoto dan Origin Imaging Engine vivo yang dinaik taraf. Origin Imaging Engine vivo turut membantu dalam fotografi matahari terbenam atau matahari terbit dengan mengenal pasti senario matahari tertentu dan merakam pemandangan dengan tepat.

Fotografi potret dan malam yang dipertingkatkan

X100 Pro disokong oleh V3 Chip vivo yang membawa kepada peningkatan lanjutan dalam videografi potret. Ia turut membawakan Video Potret Sinematik 4K serba baharu, sesuai untuk pengguna yang ingin menangkap dan mengedit kandungan video dengan mudah pada telefon pintar mereka. Pengguna juga boleh memanfaatkan ciri Video Potret Sinematik 4K baharu untuk menggunakan ZEISS Cinematic Video Bokeh.

Sumber: vivo

Buat pertama kali dalam siri X, vivo memperkenalkan ZEISS Multifocal Professional Photography, membolehkan pengguna mengambil potret profesional dengan jarak fokus sehingga 100mm. Siri X100 juga memperkenalkan ZEISS B-Speed Style Bokeh, tambahan terbaru pada pakej ZEISS Style Portrait yang mencipta kesan bokeh segi tiga bulat tersendiri yang diilhamkan oleh kanta pawagam berkelajuan tinggi klasik ZEISS dari pertengahan 1970-an.

Prestasi yang berkuasa dan bateri yang lebih besar

X100 dan X100 Pro didatangkan dengan Cip Dual Flagship yang menampilkan cip pengimejan tersuai vivo dan Dimensity 9300. X100 direka bentuk dengan V2 Chip vivo dan X100 Pro dengan V3 Chip vivo terkini. Dimensity 9300 menawarkan CPU octa-core flagship yang menawarkan lonjakan besar dalam prestasi berbanding model dahulu. Siri X100 juga menawarkan Game Frame Interpolation untuk pengalaman gaming yang lancar. X100 Pro melangkah lebih jauh dengan Game Super Resolution yang menawarkan pengalaman visual yang unggul.

Sumber: Gamer Santai

Siri X100 berjaya mengimbangi bateri berkapasiti besar dengan pengecasan pantas. X100 dilengkapi dengan bateri besar 5,000mAh (TYP) dan menyokong sehingga 120W Dual-Cell FlashCharge. X100 Pro pula dilengkapi dengan bateri 5,400mAh (TYP) dan menyokong FlashCharge tanpa wayar dan sehingga 100W Dual-Cell FlashCharge.

Harga

Siri vivo X100 akan tersedia di pasaran pada 6 Januari 2024. Walaupun begitu anda sudah boleh menempah telefon ini lebih awal melalui kedai rasmi vivo seperti berikut:

  • vivo Official e-shop
  • Shopee
  • Lazada

 Berikut adalah senarai harga untuk kedua-dua model X100 Series:

  • vivo X100
    • RM 3499
  • vivo X100 Pro
    • RM 4599

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai product vivo daripada kami, klik di sini.

Tags: Vivovivo X100vivo X100 Provivo X100 Series
ShareTweetSend
Previous Post

Malaysia Dalam Anime? Ini Kompilasi Anime Yang Ada Sebut Tentang Malaysia!

Next Post

HONOR Magic V2 Akan Lancar di Malaysia, Smartphone Boleh Lipat Paling Nipis di Dunia!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
HONOR Magic V2 Akan Lancar di Malaysia, Smartphone Boleh Lipat Paling Nipis di Dunia!

HONOR Magic V2 Akan Lancar di Malaysia, Smartphone Boleh Lipat Paling Nipis di Dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd