Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Granblue Fantasy: Relink Akan Datang Ke PS4, PS5 Pada Januari 2024!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 26, 2023
in Action, Artikel, Berita, Demo, PS4, PS5, RPG
0 0
0
Demo Granblue Fantasy: Relink Akan Datang Ke PS4, PS5 Pada Januari 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Cygames mendedahkan bahawa Granblue Fantasy: Relink akan mengeluarkan Demo Percuma untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4 pada Januari 2024. Bukan itu sahaja, mereka turut mendedahkan tiga watak yang boleh dimainkan iaitu Cagliostro, Seofon dan Tweyen yang akan ditambah sebagai update percuma pada April 2024.

【#グラブルフェス2023】#Relink 試遊コーナー終了いたしました。ご来場いただいた皆様、誠にありがとうございました!

リリンク発売日の2月1日まで残り約1ヶ月…1月に配信の情報番組やDEMO版もご期待ください✨https://t.co/AxA97efo3n#リリンク

— GRANBLUE FANTASY: Relink (@gbf_relink_jp) December 24, 2023

Bagi mereka yang tidak tahu, Granblue Fantasy: Relink akan dikeluarkan pada tahun depan dan merupakan aksi RPG berdasarkan francais Granblue. Berlangsung di alam fantasi Sky Realm, game ini menampilkan kempen single-player yang cukup besar dan mode co-op empat pemain. Bina pasukan impian di mana setiap watak mempunyai mekanik pertempuran sendiri yang menghasilkan gaya aksi unik untuk menghadapi pelbagai cabaran di dunia luas permainan.

Seperti saya kata tadi, Demo Percuma hanya boleh diakses di platform PlayStation sahaja. Sebanyak tiga mode boleh diakses iaitu:

Kredit: Cygames
  • Tutorial Mode – Biasakan diri dengan kawalan permainan. Jika ingin menguasai game, anda perlu belajar daripada asas! Sebanyak 11 watak yang boleh dimainkan tersedia untuk pemain.
  • Story Mode – Anda boleh bermain sebahagian daripada jalan cerita utama. Untuk belajar apa yang berlaku seterusnya, nantikan game penuh!
  • Quest Mode – Pemain boleh melakukan pelbagai jenis quest. Lakukannya secara solo atau bersama rakan-rakan melalui online multiplayer.

Anda boleh memperoleh ganjaran untuk game penuh jika melengkapkan kandungan Story Mode dan Quest Mode.

Berkenaan watak baharu, tiga diperkenalkan iaitu:

Cagliostro

Kredit: Cygames

Seorang ahli sihir cemerlang yang mengasaskan alchemy di Sky Realm. Dia belajar cara-cara untuk mencapai kehidupan abadi virtual dengan menggantikan badannya dengan badan baharu yang sesuai dengan citarasanya.

Seofon

Kredit: Cygames

Lelaki ini mengetuai Eternals, sekumpulan 10 pakar senjata. Juga dikenali sebagai Star-Sword Sovereign, Seofon mengumpul spirit sword daripada musuh yang dikalahkan dan menyalurkan tenaga itu ke medan perang.

Tweyen

Kredit: Cygames

Pemburu bertaraf dunia ini ialah pakar busur dan anak panah kepada kumpulan Eternals. Matanya bukan sahaja dapat menentukan mangsa merentasi jarak yang sangat jauh, malah dia menguasai keupayaan untuk terbang. Setiap anak panah ajaib yang dilepaskan dari busurnya menemui sasarannya tanpa gagal.


Granblue Fantasy: Relink akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam pada 1 Februari 2024.

Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DemoGranblue Fantasy: RelinkPS4
ShareTweetSend
Previous Post

10+ Game yang Paling Dinantikan Gamer pada Tahun 2024!

Next Post

Senarai Manhwa Paling Popular Di ‘Webtoon’ Pada 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Next Post
Senarai Manhwa Paling Popular Di ‘Webtoon’ Pada 2023!

Senarai Manhwa Paling Popular Di 'Webtoon' Pada 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd