Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Like a Dragon: Infinite Wealth Ajak Pemain Karaoke & Main Sega Arcade Baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 18, 2023
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Like a Dragon: Infinite Wealth Ajak Pemain Karaoke & Main Sega Arcade Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA telah mendedahkan lebih banyak maklumat tentang pelbagai mini-game dalam Like a Dragon: Infinite Wealth, yang akan datang di PS4, PS5, Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, dan Steam pada 26 Januari 2024. Setakat ini, Like a Dragon: Infinite Wealth mempunyai barisan mini-game terbanyak dalam siri, termasuk tambahan lagu baru dalam Karaoke serta permainan arked SEGA klasik untuk dinikmati.

Berikut adalah maklumat terkini:

Karaoke

Kredit: SEGA Asia

Dalam karaoke Infinite Wealth, anda boleh bermain permainan rhythm sambil watak menyanyikan sepuas hati mereka. Berbual dengan rakan, nikmati minuman, atau nyanyikan lagu-lagu terkini di karaoke bar tempatan. Mini-game ini datang dengan pelbagai jenis muzik termasuk lagu-lagu baharu untuk Kasuga, Kiryu, dan kru lain.

Lagu baru

Kredit: SEGA Asia
  • Ichiban Kasuga – “Summertime Groove”
  • Kazuma Kiryu – “Baka Darou (Playing the Fool)”
  • Chitose Fujinomiya – “Honolulu City Lights”
  • Saeko Mukoda – “AWAKE”
  • Joongi Han – “If I Could Love the One I Love”
Kredit: SEGA Asia

SEGA Arcade Klasik

Dalam mini-game ini, anda boleh bermain game-game klasik buatan SEGA. Bernama SEGA Arcade Klasik, mini-game ini akan menambah 3 game baru iaitu:

Kredit: SEGA Asia
  • SpikeOut: Gunakan pelbagai teknik semasa menghadapi gerombolan musuh demi musuh dalam beat ’em up memuaskan ini. Anda boleh juga berkumpul dengan rakan lain untuk bermain secara offline co-op.
Kredit: SEGA Asia
  • SEGA Bass Fishing – Nikmati Bass Fishing realistik di tasik cantik. Gunakan pelbagai jenis umpan untuk menangkap ikan terbesar!
Kredit: SEGA Asia
  • Virtua Fighter 3tb – Cipta pasukan fighter idaman anda dan bersaing dalam pertempuran pasukan! Kejar kemenangan dengan pasukan unik anda!
Kredit: SEGA Asia
  • m HOLD’EM – Langkah masuk ke kawasan yang direka semula dengan teliti di Isezaki Ijincho, Yokohama dan nikmati makanan dan minuman semasa bermain permainan poker.
Kredit: SEGA Asia
  • DARTSLIVE3 – Mesin dart baharu menambah peraturan dan dimensi baharu pada permainan! Permainan ini menampilkan klasik yang digemari seperti 01 serta Center Count-Up yang baru ditambah.

Mini-Game Lain Untuk “Si Dewasa”

Kredit: SEGA Asia

Adult Playtime: Berpesta dengan rakan-rakan dan jalin ikatan yang lebih kukuh dengan mereka. Singgah ke Dolls & Devils Playhouse di Hawaii atau Rose Blossom Cabaret dan Lin Lin Hostess Bar di Isezaki Ijincho. Minum dan lihat keadaan jadi hangat semasa persembahan tarian oleh para hostess. Jika anda menunjukkan imej yang baik, gadis-gadis akan menggunakan kemahiran istimewa dan hubungan rakan akan mendapat bonus besar!

Kredit: SEGA Asia

Ounabara Vocational School: Hawaii mempunyai tempat yang anda boleh pergi untuk belajar iaitu Ounabara Vocational School, yang membolehkan anda meningkatkan ciri personaliti. Semua soalan telah diperbaharui, dan ada juga topik baharu seperti Hawaii Proficiency. Jawab semua jenis soalan dan lulus ujian itu!

Kredit: SEGA Asia

Can Quest: Kali ini, Kiryu akan menjadi orang yang mencuba Can Quest! Naiki basikal dan berlumba melawan masa sambil mengambil sebanyak mungkin tin kosong. Anda akan dapat item berguna dan bahan menggunakan Ecopoints yang anda terima daripada setiap tin. Dapatkan banyak tin dan kuatkan pasukan!


Dapatkan segala berita kami tentang Like A Dragon: Infinite Wealth di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Like a DragonLike A Dragon: Infinite Wealthmini-game
ShareTweetSend
Previous Post

Jurassic Park: Survival – Game Single-Player Action Adventure Berdasarkan Filem

Next Post

Pasukan Dota 2 Wanita Malaysia “Grills Gaming” Menang Emas dalam Global ESports Games (GEG)!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pasukan Dota 2 Wanita Malaysia “Grills Gaming” Menang Emas dalam Global ESports Games (GEG)!

Pasukan Dota 2 Wanita Malaysia "Grills Gaming" Menang Emas dalam Global ESports Games (GEG)!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd