Baru-baru ini, Universal Games dan Sabre Interactive telah mengumumkan Jurassic Park: Survival, sebuah game “single-player action adventure” untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.
Malangnya, tarikh keluaran tepat tidak diumumkan tetapi kita boleh menonton video di bawah untuk gambaran umum:
Bak kata Sabre Interactive, pemain akan bermain sebagai Dr. Maya Joshi, seorang saintis InGen yang tidak dapat melarikan diri dari Isla Nublar (sebuah pulau yang berlakunya insiden Jurassic Park.

Sebagai pengembaraan original yang dibuat untuk peminat francais Jurassic Park dan mereka yang suka game berasaskan naratif, pemain akan dicabar untuk bertahan hidup dalam campuran gameplay sengit antara first-person stealth dan aksi survival dinosaur. Malah, setiap dinosaur mempunyai tingkah laku tersendiri yang boleh menyesuaikan diri dengan tindakan pemain.

Secara keseluruhan, pemain akan menyelam ke dalam dunia yang penuh dengan keajaiban, misteri dan bahaya apabila dua spesies yang dipisahkan selama 65 juta tahun bersemuka dalam pengembaraan serba baharu.
Sorotan-Sorotan Utama

Teroka Isla Nublar – Pemain akan menerokai Isla Nublar yang direalisasikan sepenuhnya penuh dengan kehidupan liar reaktif, dinosaur dan ancaman lain yang mengejutkan. Daripada pintu gerbang taman yang ikonik hingga ke Visitor Center dan seterusnya, Jurassic Park kembali dalam cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Elak Daripada Raksasa Prasejarah – Pemain akan mengatasi, melarikan diri dan berinteraksi dengan dinosaur ikonik daripadda filem. Di sini, gunakan kebijaksanaan melalui gangguan helah dan stealth untuk menavigasi pertemuan dinosaur yang bahaya untuk mengalahkan makhluk paling maut yang pernah berjalan di muka bumi.
Bertahan Hidup Di Atas Pulau – Pemain dicabar untuk menerokai taman dan menghadapi bahayanya. Memanfaatkan semua sumber yang ada untuk mencari solusi pintar bagi menghadapi pelbagai ancaman di atas Isla Nublar.

Walaupun tiada tarikh keluaran, tetapi kita tahu Jurassic Park: Survival akan dikeluarkan di PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Dapatkan segala berita kami tentang game Jurassic di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post