Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Google Sedang Menguji Servis Langganan Play Pass

Saingan kepada Apple Arcade?

Jade Ice by Jade Ice
August 4, 2019
in Android, Artikel, Berita
0 0
0
Google Sedang Menguji Servis Langganan Play Pass
Share on FacebookShare on Twitter

Android Police telah melaporkan bahawa Google telahpun memulakan ujian untuk servis langganan Play Pass mereka yang bakal menawarkan ratusan applikasi dan game premium tanpa iklan ataupun pembelian dalam aplikasi hanya dengan yuran bulanan yang tetap.

Pautan skrin yang diterima oleh Android Police daripada seorang pembaca menunjukkan sedikit perincian berkenaan servis ini, dan ianya kelihatan sangat serupa dengan sistem langganan akan datang dari Apple iaitu Apple Arcade yang diumumkan awal tahun ini.

Pelanggan perlu membayar yuran bulanan USD$4.99 untuk mendapatkan akses tanpa had kepada katalog aplikasi dan game permium tanpa iklan, dengan kesemua pembelian dalam aplikasi telah dibuka. Pautan skrin menunjukkan game seperti Monument Valley, Knights of the Old Republic, Threes, Limbo, Stardew Valley, Ticket to Ride, Marvel Pinball dan banyak lagi. Terdapat juga pelan Family dan semestinya ia akan lebih mahal daripada USD$4.99.

 

1 of 6
- +

Beza servis Google daripada Apple adalah menerusi Play Pass, Google akan menawarkan akses kepada katalog game sedia ada dimana ianya telahpun berada di Play Store. Tetapi, dengan keadaan dimana cetak rompak adalah lebih tegar di platform Android disekalikan dengan fakta dimana pengguna iOS adalah lebih cenderung untuk membuat pembelian dalam aplikasi, ini menjadikan aplikasi premium sukar dijual dalam Android. Tetapi, servis langganan yang menjanjikan yang terbaik daripada Play Store dengan yuran tetap dijangkakan dapat menyelesaikan masalah ini.

Walaupun dengan pautan skrin yang didedahkan ini, servis Play Pass ini masih lagi dalam ujian dan ketika ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Google – ini bermakna maklumat yang didedahkan ketika ini mungkin akan berubah ketika ianya dilancarkan kelak; JIKA ianya dilancarkan.

Sekiranya ia dilancarkan, Play Pass akan berpotensi memberikan saingan yang sengit kepada Apple Arcade.

Sumber: The Verge

Sumber Gambar: Android Police

Tags: Androidgoogleplay passsubscription service
Previous Post

NINJA Meninggalkan TWITCH dan Beralih Arah untuk Stream secara Eksklusif di MIXER!

Next Post

Game Fighting Dalam Pembangunan Dari Riot Games dan Radiant Entertainment

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Game Fighting Dalam Pembangunan Dari Riot Games dan Radiant Entertainment

Game Fighting Dalam Pembangunan Dari Riot Games dan Radiant Entertainment

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd