Ramai yang kenal streamer popular antarabangsa seperti yang kami pernah kongsikan sebelum ini. Nampaknya sekali lagi Ninja atau nama sebenarnya Tyler Blevins secara umumnya telah tarik diri dari streaming di Twitch! Pengumuman tersebut merupakan kejutan yang dibuatnya malam tadi di laman Twitternya. Kini Ninja telah beralih arah untuk ke platform Mixer yang dimiliki oleh Microsoft untuk streamingnya.
Pengumuman di Twitter Ninja juga termasuk video yang merinci rancanganya untuk beralih ke platform Mixer. Twit yang dimasukkan adalah video “the next chapter (bab seterusnya)”. Didalam video itu, adalah Ninja yang menjawab segala soalan papparazi (pemberita) dan memberi maklumat tentang penglibatanya.
Ninja menyatakan peralihan kepada Mixer akan memberi dia kesempatan untuk berhubung semula dengan akarnya ketika bermula streaming. Dia juga menyatakan ini peluangnya untuk mengingati mengapa beliau jatuh cinta dalam dunia streaming.
A little more! pic.twitter.com/SMQEygjNiE
— Ninja (@Ninja) August 1, 2019
Selepas tweet pertama ini, didatangi pula sebuah lagi tweet video dari Ninja sendiri yang menyatakan dia telah memegang pengumuman itu untuk beberapa waktu ketika dan akhirnya dapat berkongsi dengan peminat. Beliau berkata permainan dan alirannya akan menjadi sama seperti sebelum ini walaupun mereka berada di platform yang berbeza sekarang.
Dalam jangka masa yang agak lama Ninja memang merupakan bintang untuk Twitch dan mengekalkan kepopularitinya disitu, berita yang mengejutkan ini juga dikongsikan oleh The Verge yang berkesempatan mendapatkan kenyataan dari Twitch dan Mixer.
Kami suka menonton Ninja di Twitch selama betahun-tahun dan berbangga dengan keputusanya untuk dirinya sendiri, keluarganya dan komuniti permainan. Kami berharap dia akan berjaya dalam usaha masa depannya.
-Twitch
Kami sangat gembira untuk menyambut Ninja dan komunitinya kepada Mixer. Mixer adalah tempat yang terbentuk di sekitar menjadi positif dan mengalu-alukan dari hari pertama, dan kami berharap kepada tenaga Ninja dan komunitinya yang akan datang.
-Mixer
Masih belum jelas bila Ninja akan beralih sepenuhnya di Mixer, tapi berdasarkan pengumuman ini mungkin dalam masa terdekat. Apapun kita lihat sendiri kelak berapa ramai pengikut komuniti Ninja yang mencecah hampir 15 juta itu akan terus bersama denganya hingga ke Mixer okay!
Sumber: The Verge
@gamersantaimy
Discussion about this post