Versi terbaru PUBG ialah PUBG Mobile Lite yang dilancarkan pada minggu lepas. Tencent Games mahu memastikan pemain dengan smartphone yang berprestasi rendah mempunyai pengalaman yang lancar sambil bermain dan boleh bermain tanpa halangan.
Dibina dengan Unreal Engine 4, versi PUBG Mobile ini lebih compatible dengan kebanyakan peranti di luar sana. Menurut developer, PUBG Mobile Lite mempunyai saiz 400MB dan boleh berjalan pada peranti yang mempunyai kurang daripada 2GB RAM. Ini ialah pengalaman saya bermain PUBG Mobile Lite.
Penampilan Visual
Visual terperinci yang kami biasa lihat di PUBG Mobile telah diturunkan dalam versi Lite tetapi ini tidak menjejaskan pengalaman permainan saya sama sekali. Sebaliknya, ini menjadikan PUBG Mobile lebih mudah untuk berjalan pada peranti yang kurang berprestasi. Rumput, bangunan, senjata, pemain, semuanya mempunyai bentuk dan tekstur yang lebih ringan tetapi bagi saya, pemain agak sukar untuk dilihat di rumput kerana teksturnya agak choppy.
Dari jauh, pemain hanya dapat dikenali sebagai bintik hitam di rumput. Ini bermakna penggunaan skop menjadi lebih penting di PUBG Mobile Lite. Selebihnya, pengalaman visual kelihatan sangat serupa dengan PUBG Mobile utama.
Sistem Permainan
Gameplay untuk versi Lite hampir sama dengan game utama PUBG Mobile. Menembak dan bergerak masih cekap dan lancar seperti game utama. Lokasi butang dan seluruh HUD kelihatan serupa dan juga mempunyai pilihan yang sama. Pemain boleh “lean” dan menembak serta melompat atas setiap “obstacles” yang sama. Kerosakan pada persekitaran juga sangat realistik. Para developer mendakwa bahawa ia mempunyai aim-assist yang lebih baik daripada game utama. Tetapi semasa bermain, saya tidak rasa terlalu banyak perbezaan.
Prestasi
Saya bermain pada peranti berprestasi rendah dan game ini masih berjalan dengan lancar. Smartphone dengan RAM 2GB atau kurang pasti dapat bermainkan tanpa sebarang lag apa pun. Game ini sangat ringan dan ia tidak akan menjadi masalah untuk smartphone dengan internal storage yang rendah. PUBG Mobile Lite dengan mudah boleh mengekalkan 30FPS. Ini bermakna pemain tidak akan menghadapi isu frame drop sehingga terlepas tembak pada musuh.
Kesimpulan
Ini adalah penyelesaian sempurna untuk mereka yang ingin bermain PUBG pada smartphone berprestasi rendah. Pengalaman dan senjata sangat mirip dengan PUBG Mobile utama dan satu-satunya perbezaan adalah peta Erangel di sini agak berbeza dari peta Erangel yang bersaiz penuh. Tetapi perkara ini telah diubah suai untuk PUBG Mobile Lite. Itu sahaja ulasan saya tentang PUBG Mobile Lite. Harap-harap kamu semua berseronok!
@gamersantaimy
Discussion about this post