Kehangatan mod zombi yang tersedia sekarang kolaborasi antara Resident Evil dan PUBG Mobile yang dinamakan Darkess Night dan Survive Till Dawn masih belum reda, hari ini satu pengumuman di acara PMCO Global Finals 2019, PUBG Mobile sekali lagi membuat kejutan dengan pengumuman terbaru kolaborasi mereka bersama siri TV popular iaitu The Walking Dead untuk game mod terbaru!
Tapi untuk sekarang, mereka masih belum memberitahu secara lengkap ciri mod nya. Jadi dengan harapan agar mod PUBG Mobile x The Walking Dead ini akan diumumkan selepas PMCO Global Final esok.

Selain itu turut ada satu lagi pengumuman meyatakan bahawa peta Erangle akan ada kemaskini visual. Sebuah video pendek telah ditunjukan di acara ini, beberapa kawasan di dalam peta seperti Mylta Power, Prison, Yasnalya dibandingkan visual grafiknya. Untuk informasi juga, PUBG PC turut menerima kemaskini tersebut baru-baru ini. Jadi mungkin kemaskini yang sama juga akan ada untuk PUBG Mobile!
Okay apa-apa lagi kami akan kemaskini ye! Korang teruskan lihat secara lansung PMCO Global Final 2019 ini di PUBG Mobile Esports Youtube.
@gamersantaimy
Discussion about this post