Pada bulan Mac lepas, sebuah game untuk keramaian berkonsepkan mematikan bom iaitu Keep Talking and Nobody Explodes dikhabarkan akan berada di iOS dan Android. Berita terkini adalah, tarikh keluarannya telah disahkan iaitu pada 1 Ogos ini.
Pembangunnya, Steel Crate Games mendapat ilham untuk game ini daripada pemerhatian daripada permainan game VR dalam berkumpulan; dimana yang hanya merasa seronok dan yang memakai set kepala VR sahaja yang merasai keseronokan permainan. Di mana, mereka yang lain ketika itu hanya mampu melihat daripada paparan kaca TV tanpa benar-benar mengetahui pengalaman permainan. Steel Crate Games ingin memastikan mereka yang tidak memakai VR dimana penglibatan mereka tidak bermakna mereka harus memiliki set kepala VR. Oleh itu hasilnya adalah Keep Talking and Nobody Explodes.
Dalam game ini, pengguna set kepala VR akan memainkan peranan sebagai pakar bom manakala mereka yang lain boleh membantu pakar bom untuk mematikan bom menerusi panduan bom. Keseronokannya disini adalah hanya pakar bom sahaja yang mampu melihatnya manakala yang lain akan memberi arahan.
Game ini asalnya adalah untuk Gear VR yang dilancarkan pada tahun 2015. Ianya telah menempa kejayaan yang besar. Oleh pada Ogos lepas ianya dikeluarkan pada Xbox One, PS4 dan Nintendo Switch. Namun masalah yang mereka hadapi daripada keluaran konsol adalah paparan di skrin dimana pemain lain boleh melihat bom yang cuba dimatikan.
Namun masalah ini diatasi menerusi keluaran edisi mudah alih. Konsepnya, pakar bom akan melihat telefon pintarnya manakala yang lain boleh memuat turun atau mencetak panduan untuk mematikan bom.
Game seperti ini sememangnya sesuai dimainkan dalam berkumpulan dan menerusi peranti mudah alih, masalah game ini di konsol dapat diatasi. Anda boleh membelinya di Appstrore and Play store menjelang 1 Ogos dengan harga USD$9.99.
Sumber: Toucharcade
@gamersantaimy
Discussion about this post