Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Razer Viper V3 Hyperspeed Wireless Mouse Review –Rupa Minimalis dengan Pengalaman Bermain Hebat!

Maira by Maira
October 26, 2023
in Artikel, Berita, Mouse, Produk, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Razer Viper V3 Hyperspeed Wireless Mouse Review –Rupa Minimalis dengan Pengalaman Bermain Hebat!
Share on FacebookShare on Twitter

Razer baru-baru ini melancarkan mouse wireless terbarunya, Razer Viper V3 Hyperspeed. Mouse tersebut sememangnya tambahan baharu yang baik untuk barisan mouse e-sport jenama tersebut. Nak tahu berbaloi atau tidak Razer Viper V3 Hyperspeed Wireless Mouse ini? Teruskan membaca review kami ini!

Reka bentuk yang simple

Viper V3 mempunyai salah satu jika bukan reka bentuk yang paling ringkas daripada semua produk Razer, ia hanya mouse berwarna hitam yang sangat bagus tanpa sebarang efek RGB! Walaupun begitu, ia masih mempunyai LED untuk mengetahui tetapan DPI yang anda gunakan. Tidak lengkaplah rupa mouse ini tanpa logo Razer padanya, itu pun ia hadir dengan warna yang sama seperti mouse.

Tekstur mouse juga sangat bagus apabila disentuh. Ia mempunyai kemasan matte sedikit tetapi ia terasa licin. Walaupun begitu ia masih selesa untuk dicengkam. Butang sisi lebih berpasir daripada segi tekstur, tetapi ia masih rasa baik bagi kami. Bahagian bawah mouse mempunyai 100% mouse feet PTFE berwarna putih, dan penutup untuk ruang bateri.

Mouse ini masih dikuasakan oleh bateri AA. Jadi agak sukar untuk kami bercakap mengenai hayat baterinya kerana setiap orang menggunakan jenama bateri yang berbeza. Disebabkan ia menggunakan bateri, kita tiada pilihan untuk menggunakannya secara berwayar kerana tiada port padanya.

Apa yang anda ada hanyalah wireless receiver 2.4GHz yang diberikan. Yang peliknya, posisi slot untuk anda gunakan receiver tersebut. Slot tersebut betul-betul berada pada bawah bateri. Jadi kalau anda ingin mengeluarkannya, anda perlu mengeluarkan bateri tersebut. Agak leceh juga untuk gunakan receiver tersebut kalau kena ulang-ulang keluarkan bateri tersebut.

Terdapat Viper V3 yang lebih mahal, termasuklah Razer HyperPolling Wireless Dongle yang membuka lebih banyak pilihan polling rate sehingga 4000Hz. Mouse Viper V3 yang kami terima ini lebih murah jadi kami tidak berbuat apa-apa mengenainya.

Pengalaman yang lancar

Kami menilai mouse ini berdasarkan pengalaman FPS dan MOBA. Tanpa membandingkannya dengan mouse lain, kami rasa Viper V3 boleh menawarkan pengalaman yang sangat baik untuk penggunanya. Bentuk tetikus agak baik dan tiada masalah untuk kami memegangnya semasa bermain game. Beratnya juga boleh ringan iaitu 82 gram sahaja.

Memang senang betul kami flick ketika menggunakannya. Jadi kalau anda seseorang yang tidak gemar pada mouse yang ringan, Viper V3 bukanlah mouse yang anda cari. Ia benar-benar licin, hampir tiada geseran apabila kami gerakkannya pada mouse pad. Butang sisi juga berada pada kedudukan yang baik untuk kami klik.

Razer Synapse

Sumber: Razer

Anda perlu menggunakan software untuk menyesuaikan segala-galanya yang berkaitan dengan Razer. Segala data yang anda suaikan pada mouse Viper V3, semuanya akan tersimpan dalam mouse kerana mouse itu sendiri mempunyai on-board memory. Jadi anda uninstall Razer Synapse selepas habiskan sesuaikan mouse anda juga tidak menjadi masalah.

Kesimpulan

Untuk mouse berharga RM349, Razer Viper V3 Hyperspeed merupakan mouse yang agak bagus untuk anda dapatkan. Ianya ringan, licin dan selesa untuk digenggam. Bukan setakat itu sahaja, ia juga boleh digerakkan pada mouse pad tanpa rasa bergeser. Reka bentuknya juga minimalis. Jadi kalau anda mencari mouse wireless dan ringan, bolehlah dapatkannya melalui laman web rasmi!

Kalau anda ingin membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: razerRazer Viper V3 HyperspeedViper V3 Hyperspeed
ShareTweetSend
Previous Post

Interview bersama MenaRD — Nasihat Kepada Pemain Kompetitif Baru Street Fighter! [gamescom asia 2023]

Next Post

Review iPhone 15 Pro Max – Definisi Apple Untuk “Smartphone Gaming”

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review iPhone 15 Pro Max – Definisi Apple Untuk “Smartphone Gaming”

Review iPhone 15 Pro Max - Definisi Apple Untuk "Smartphone Gaming"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd