Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI & CAPCOM kolab untuk produk gaming eksklusif Monster Hunter sempena ulang tahun ke-20!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2023
in Aksesori, Artikel, Berita, GPU, Hardware, Headset, Keyboard, Komputer, Monitor, Mouse, Teknologi
0 0
0
MSI & CAPCOM kolab untuk produk gaming eksklusif Monster Hunter sempena ulang tahun ke-20!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, MSI telah mengumumkan kolaborasi menarik dengan pembangun game terkenal CAPCOM untuk meraikan ulang tahun ke-20 siri ikonik mereka, Monster Hunter; dengan mengeluarkan produk gaming edisi terhad!

Kredit: MSI

Kolaborasi rasmi ini dikongsikan di Tokyo Game Show 2023, di mana kedua-dua pihak menjelaskan bahawa produk Monster Hunter edisi terhad tersebut dijadualkan untuk lancar pada Mac 2024.

Mengambil inspirasi daripada Rathalos, salah satu raksasa paling ikonik dalam siri ini, kolaborasi ini akan termasuk laptop, monitor, kad grafik, motherboard, casing, liquid cooler dan controller.

Kredit: Capcom

Sam Chern, Naib Presiden Pemasaran MSI, berkata;

“MSI, yang terkenal dengan komitmennya terhadap kualiti dan prestasi, bekerjasama dengan CAPCOM, gergasi dalam industri gaming yang terkenal dengan siri Monster Hunter. Kerjasama ini memanfaatkan kepakaran kedua-dua syarikat untuk mencipta koleksi produk gaming estetik dan berteknologi,”

Malangnya, MSI tidak mendedahkan secara khusus model dan varian produk yang bakal terlibat dalam kolaborasi Monster Hunter. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI dahulu!

Kredit: Capcom

Bagi mereka yang tidak tahu, Monster Hunter adalah francais aksi-RPG fantasi yang bermula dengan game Monster Hunter untuk PlayStation 2, pada tahun 2004. Dalam majoriti game Monster Hunter, pemain akan mengambil peranan sebagai seorang Hunter, yang membunuh atau memerangkap raksasa besar daripada pelbagai landskap.

Aktiviti ini merupakan sebagai sebahagian daripada misi yang diberikan oleh penduduk tempatan, di mana beberapa misi lain mengharuskan pemain mengumpulkan item dan bahan tertentu sama ada daripada raksasa itu sendiri atau alam sekitar.

Setakat Mac 2023, siri Monster Hunter telah menjual 92 juta unit di seluruh dunia, dan merupakan siri kedua terlaris oleh Capcom (selepas Resident Evil).

Kredit: Capcom

Baca segala liputan kami tentang produk MSI di SINI!

Tags: Capcommonster hunterMSI
ShareTweetSend
Previous Post

Resident Evil Village Bakal Hadir ke iPhone 15 Pro, Pro Max dan iPad pada 30 Oktober!

Next Post

Goblin Slayer Another Adventurer: Nightmare Feast Akan Lancar pada Februari 2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Goblin Slayer Another Adventurer: Nightmare Feast Akan Lancar pada Februari 2024

Goblin Slayer Another Adventurer: Nightmare Feast Akan Lancar pada Februari 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd