Seperti yang diumumkan semasa pendedahan iPhone 15, game seram popular Capcom, Resident Evil Village akan hadir ke iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max dan iPad. Semasa Tokyo Game Show 2023, Capcom telah mengumumkan bahawa game tersebut akan tersedia pada 30 Oktober 2023!
Bermain sebagai Ethan Winters ketika dia menghadapi kengerian ngeri dalam pencarian terdesak untuk anak perempuannya, yang telah diculik dan dibawa ke sebuah perkampungan jahat yang ditadbir oleh Ibu Miranda dan hambanya. Bersemuka dengan macam-macam kegilaan sambil anda menonton kisah tragis Ethan terungkap dalam game survival horror yang mendebarkan ini.
Terdapat juga mode third-person yang serba baru, The Mercenaries: Additional Orders, dan DLC Shadows of Rose, yang merupakan cerita tambahan yang berlaku 16 tahun selepas peristiwa Resident Evil Village.
Untuk anda yang ingin mainkannya di Mac, ia sudah un tersedia melalui App Store dengan harga RM 121.90. Terdapat juga DLC untuk anda dapatkan dengan harga seperti berikut:
- DLC pack — RM80.90
- All Access Voucher — RM20.99
- Street Wolf Outfit — RM11.99
Kalau anda yang ingin bermain Resident Evil Village pada iPhone dan iPad bolehlah lawati App Store apabila ia tersedia nanti!
Berkenaan Resident Evil 4 pula, ia dijangka untuk hadir pada 2023, tetapi masih tiada tarikh rasmi mengenainya. Jadi kita tunggu sahaja pengumuman lanjut nanti.
Untuk mendapatkan segala berita mengenai Resident Evil daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post