Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Main 5 game Assassin’s Creed secara percuma – promosi Free Weekend!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 9, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC, PS4, PS5, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Main 5 game Assassin’s Creed secara percuma – promosi Free Weekend!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Ubisoft mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara Free Weekend untuk francais popularnya, Assassin’s Creed. Secara lagi spesifik, pemain tidak kira apa platform dapat mencuba lima game Assassin’s Creed secara percuma bermula 11 Ogos hingga 15 Ogos! Di sini, pemain boleh memuat turun dan memainkan Assassin’s Creed Valhalla, Assassin’s Creed IV Black Flag, Assassin’s Creed II, Assassin’s Creed Brotherhood dan Assassin’s Creed Revelations tanpa perlu membayar satu sen.

Play 5 @assassinscreed games for free this weekend!

From August 10 to 14, play Assassin's Creed II, Brotherhood, Revelations, Black Flag, and Valhalla for free. Plus, get up to 75% off all AC games for limited time.

More information here: https://t.co/F6So0cTzOa

— Ubisoft (@Ubisoft) August 8, 2023

Semasa tempoh Free Weekend, pemain mempunyai akses kepada semua kandungan Edisi Standard (tidak termasuk DLC) untuk setiap game. Sebarang kemajuan yang dibuat semasa tempoh acara, akan dibawa ke versi penuh jika anda membuat keputusan untuk membeli game.

Berikut adalah sedikit bio tentang game Assassin’s Creed yang ditawarkan:

Assassin’s Creed II

Assassin’s Creed II dibuat pada tahun 2009 dan merupakan entri kedua dalam siri Assassin’s Creed dan sekuel Assassin’s Creed 1.

Jalan cerita berlatarkan abad ke-21 dan mengisahkan tentang Desmond Miles ketika dia mengalami semula memori moyangnya, Ezio Auditore da Firenze, untuk membongkar misteri yang ditinggalkan oleh bangsa purba yang dikenali sebagai First Civilization – dengan harapan untuk menamatkan konflik Assassin-Templar. Naratif utama berlaku pada era Renaissance di Itali dari 1476 hingga 1499, dan mengikuti perjalanan Ezio sebagai Assassin sambil membalas dendam terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian bapa dan abangnya.

Assassin’s Creed Brotherhood

Assassin’s Creed: Brotherhood dibuat pada tahun 2010 dan merupakan entri ketiga dalam siri dan bab kedua dalam “Ezio Trilogy”.

Masih menceritakan tentang Desmond Miles, dia menggunakan mesin Animus untuk mencari jalan bagi mengelakkan kiamat 2012. Meneruskan memori Ezio Auditore, naratif kini berubah ke Perang Itali, yang menjangkau tahun 1500–1507, di mana Ezio perlu menentang para Templar (diketuai oleh keluarga Borgia) di Rom, di mana dia cuba untuk membina semula Assassin Brotherhood di Itali dan membebaskan bandar itu daripada kawalan Borgia.

Assassin’s Creed Revelations

Assassin’s Creed: Revelations dibuat pada tahun 2011 dan merupakan entri keempat dalam siri dan finale kepada “Ezio Trilogy”.

Sebagai penamat kepada kisah Ezio, naratif utama menjangkau tahun 1511–1512 dan mengisahkan Ezio Auditore yang lebih tua ketika dia pergi ke Constantinople untuk mencari lima kunci yang diperlukan untuk membuka perpustakaan binaan Altair Ibn-LaʼAhad (protagonis game pertama). Di Constantinople, Ezio terperangkap dalam perang untuk takhta Uthmaniyyah dan mesti membongkar konspirasi Templar Byzantine, yang cuba mengawal bandar itu dan memperoleh kunci bagi mencuri rahsia yang dikumpul oleh Altair.

Assassin’s Creed IV Black Flag

Assassin’s Creed IV: Black Flag dibuat pada tahun 2013 dan merupakan entri keenam dalam siri.

Kisah utama berlatarkan di Hindia Barat semasa Zaman Keemasan Lanun dari 1715 hingga 1722 dan mengikuti seorang lanun Welsh bernama Edward Kenway, (datuk kepada protagonis Assassin’s Creed III Ratonhnhaké:ton/Connor dan bapa kepada antagonist Haytham Kenway), ketika dia mencari harta karun dan lokasi mitos bernama “the Observatory”, yang dicari oleh para Assassin dan Templar. Tidak seperti game sebelumnya, elemen gameplay Black Flag lebih menumpukan pada penerokaan kapal bagi peta open world, sambil mengekalkan aspek penerokaan berasaskan third-person, pertempuran jarak dekat dan sistem stealth yang ikonik dalam siri.

Assassin’s Creed Valhalla

Antara game yang lebih moden, Assassin’s Creed Valhalla dibuat pada tahun 2020 dan merupakan entri ke-12 dalam siri.

Berlaku sekitar tahun 872–878 AD, game ini menceritakan kisah fiksyen apabila warga Viking meluaskan jejak di Kepulauan British. Pemain akan mengawal Eivor Varinsdottir, seorang Viking yang cuba menubuhkan klan baharu di England, tetapi tanpa sengaja melibatkan diri dalam konflik berabad antara Assassin Brotherhood, yang memperjuangkan keamanan dan kebebasan, dan Templar Order, yang ingin mengawal dunia.


Sempena Free Weekend, francais Assassin’s Creed akan dijual dengan diskaun sehingga 85% di platform PlayStation, Xbox dan PC. Diskaun ini termasuk untuk semua game Assassin’s Creed, dan bukan sahaja untuk lima game di atas. Untuk info lanjut, sila layari Ubisoft Store.

Tidak lama lagi, Ubisoft akan melancarkan Assassin’s Creed Mirage, entri utama terbaru yang bakal dikeluarkan pada tahun ini. Untuk membaca segala liputan kami tentang francais ini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassin's CreedFree WeekendGame Percuma
ShareTweetSend
Previous Post

Kolaborasi Dead by Daylight & Alien Akan Bermula pada 29 Oktober! Hadir dengan Survivor, Killer & Peta Baharu!

Next Post

Penggambaran Sonic the Hedgehog 3 Akan Diteruskan Walaupun Tiada Pelakon Sebenar

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Penggambaran Sonic the Hedgehog 3 Akan Diteruskan Walaupun Tiada Pelakon Sebenar

Penggambaran Sonic the Hedgehog 3 Akan Diteruskan Walaupun Tiada Pelakon Sebenar

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd