Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon Scarlet & Violet pamer DLC baru Hidden Treasure of Area Zero – info lanjut!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 21, 2023
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, JRPG, Livestream, Nintendo Switch, RPG
0 0
0
Pokemon Scarlet & Violet pamer DLC baru Hidden Treasure of Area Zero – info lanjut!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, The Pokemon Company telah mendedahkan trailer serba baharu untuk DLC Pokemon Scarlet dan Violet akan datang, Hidden Treasure of Area Zero. Ini merupakan DLC dua bahagian, yang bakal dikeluarkan pada hujung tahun ini.

Anda boleh tonton dahulu video di bawah untuk mendapat gambaran umum:

DLC baharu menunjukkan beberapa Pokemon yang kembali dalam trailer, bersama dengan pandangan pertama untuk Okidogi, Munkidori, dan Fezandipiti, tiga Pokemon baharu yang akan muncul dalam DLC Teal Mask.

Selain itu, kita dapat melihat wilayah baharu Kitakami dan Akademi Blueberry, bersama dengan Terrarium di bawah akademi. Dua Pokemon legendary Ogerpon dan Terapagos juga ditunjukkan (walaupun hanya sekejap).

Kredit: Nintendo

Sebagai sebahagian daripada pengumuman, The Pokemon Company telah mengumumkan acara Tera Raid baharu yang menampilkan Chest Form Gimmighoul. Event ini akan bermula hari ini. Sebagai sebahagian daripada acara, pemain akan dapat menemui Shiny Gimmighoul dalam Pokemon Scarlet dan Violet buat pertama kali.

Pada masa yang sama, anda boleh menebus kod “treasurehunt” untuk mendapatkan 10x Nugget, 10x Rare Candy, dan 1x Friend Ball.

Kredit: Nintendo

Sinopsis DLC

Dalam “Part 1: The Teal Mask,” pemain akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam lawatan sekolah yang diadakan setiap tahun dengan kerjasama sekolah lain. Mereka akan dibawa ke tanah Kitakami, di mana gunung besar menjulang di atas tanah dan orang ramai tinggal di sekitar.

Ini adalah tempat yang tenang, bersama sawah padi dan dusun epal. Perjalanan itu seolah-olah bertepatan dengan perayaan yang kerap diadakan di kampung Kitakami pada musim ini, jadi kampung itu penuh dengan pelbagai peniaga jalanan dan gerai. Pemain akan bertemu rakan baharu dan Pokemon sambil merungkai misteri di sebalik cerita rakyat yang telah diturunkan di tanah ini.​

Dalam “Part 2: The Indigo Disk,” pemain akan pergi ke Blueberry Academy, sekolah yang berkaitan dengan akademi mereka sendiri, sebagai pelajar pertukaran. Walaupun kisah ini dipecahkan kepada dua bahagian, ia dihubungkan bersama untuk menceritakan satu kisah yang berkaitan.​

Kredit: Nintendo

DLC Pokemon Scarlet dan Violet: The Hidden Treasure of Area Zero —”Part 1: The Teal Mask” akan keluar pada musim luruh ini, diikuti dengan “Part 2: The Indigo Disk” pada musim sejuk ini. Bagi sesiapa yang berminat, DLC ini kini dibuka untuk pre-order.


Baca segala berita kami tentang francais Pokemon di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCHidden Treasure of Area ZeroPokemon Scarlet & Violet
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy XVI Review — Penuh Aksi Eikon Yang Epik, Memang Puas Hati!

Next Post

Detective Pikachu Returns Akhirnya Lancar Tahun Ini! Bakal Hadir ke Switch 6 Oktober 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Detective Pikachu Returns Akhirnya Lancar Tahun Ini! Bakal Hadir ke Switch 6 Oktober 2023!

Detective Pikachu Returns Akhirnya Lancar Tahun Ini! Bakal Hadir ke Switch 6 Oktober 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd