Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Detective Conan The Movie: Black Iron Submarine Akan Tayang 6 Julai di Malaysia!

Maira by Maira
June 21, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Detective Conan The Movie: Black Iron Submarine Akan Tayang 6 Julai di Malaysia!

Sumber imej: Crunchyroll

Share on FacebookShare on Twitter

Kami pasti ramai peminat Detective Conan yang tidak sabar untuk menonton filem terbaharu siri di pawagam Malaysia. Jualan tiket untuk fan screening juga sudah bermula minggu lepas dan pasti ada yang tidak berkesempatan untuk menontonnya. Tetapi jangan risau kerana Detective Conan The Movie: Black Iron Submarine akan ditayangkan secara umum pada 6 Julai 2023 di Malaysia! Berikut adalah trailer rasmi daripada GSC Cinemas!

Jualan tiket untuk tayangan umum masih belum dibuka. Kami pasti filem Detective Conan The Movie: Black Iron Submarine akan ditayangkan di pelbagai cawangan GSC Cinemas di Malaysia dan bukan terhad di GSC Mid Valley sahaja. Jadi kita tunggu sahaja apabila GSC Cinemas mengumumkan kemas kini baru tentang tayangan untuk filem Detective Conan ini.

Detective Conan Malaysia
Sumber: Conan-movie

Untuk pengetahuan anda, filem terbaru ini merupakan filem ke-26 francais. Ia telah pun ditayangkan di Jepun pada bulan April yang lalu. Berikut adalah sinopsis rasmi filem:

“Ramai jurutera dari seluruh dunia berkumpul di kemudahan marin Interpol “Pacific Buoy” di Hachijo-jima, di luar laut di selatan pantai tengah Tokyo, untuk menyaksikan pelancaran sistem baharu yang menghubungkan semua sistem kamera penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia dan membolehkan pengecaman muka di seluruh dunia.

Conan, bersama Kogoro, Ran, Agasa, Haibara, dan Detektif Boys, juga menuju ke pulau itu dengan jemputan daripada Sonoko untuk melihat ikan paus. Dia menerima mesej daripada Subaru, yang mengatakan bahawa seorang ejen Europol telah dibunuh di Jerman oleh Gin. Terganggu, Conan menyelinap ke kapal polis yang diketuai oleh Kuroda, yang membawa mereka ke pulau itu untuk melindungi kerja penyiapan, dan melawat kemudahan baharu, tepat pada masanya untuk Black Organization menculik seorang jurutera wanita, mencari data penting dalam pemacu USBnya. Pada waktu yang sama, ada seseorang yang cuba untuk menghampiri Haibara.“

Sumber: Crunchyroll

Untuk mendapatkan liputan menarik mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Detective ConanDetective Conan MovieDetective Conan The Movie: Black Iron Submarine
ShareTweetSend
Previous Post

Immortals of Aveum ditangguhkan, Bakal dilancarkan pada 22 Ogos 2023!

Next Post

Ingin jual atau beli gajet & game second-hand? Jom lawat kedai CeX di IOI City Mall!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Next Post
Ingin jual atau beli gajet & game second-hand? Jom lawat kedai CeX di IOI City Mall!

Ingin jual atau beli gajet & game second-hand? Jom lawat kedai CeX di IOI City Mall!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd