Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kraven The Hunter bakal tiba di Malaysia pada 5 Oktober 2023!

safwan by safwan
June 20, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Kraven The Hunter bakal tiba di Malaysia pada 5 Oktober 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Pictures Entertainment akhirnya telah mengeluarkan trailer dan poster pertama bagi filem Kraven The Hunter yang bakal ditayangkan pada 5 Oktober 2023 di Malaysia.

Menurut Sony Picture, Kraven the Hunter adalah kisah yang mendalam tentang bagaimana dan mengapa salah seorang Villain Marvel yang paling ikonik muncul. Berlatarkan dendamnya yang terkenal dengan Spider-Man, Aaron Taylor-Johnson membintangi watak utama dalam filem R-rated.

Kredit: Sony Pictures Entertainment

Di dalam trailer ini, mereka menunjukkan bagaimana Sergie Kravinoff itu mendapatkan kuasanya semasa dia pergi memburu ketika dia remaja. Kemalangan berlaku di mana dia di serang oleh singa dan ditinggalkan oleh bapanya kerana dia lemah.

Tetapi dalam masa yang sama, darah dari singa itu jatuh masuk ke dalam luka di badan dan telah mengubah sel darahnya. Sejak dari situ, dia mempunyai dendam yang sangat besar terhadap bapanya. Maka bermulalah siri pemburu Kraven.

Villains aren’t born. They’re made. Aaron Taylor-Johnson is #KravenTheHunter – coming to GSC this October! pic.twitter.com/FYqSQRhZNn

— GSC 🎂 (@GSCinemas) June 19, 2023

Filem ini akan dibintangi oleh Aaron Taylor-Johnson sebagai Kraven The Hunter/Sergei Kravinoff, Ariana DeBose sebagai Calypso, Fred Hechinger sebagai Dmitri Serdyakov/Chameleon, Alessandro Nivola sebagai Rhinno , Christopher Abbott dan Russell Crowe sebagai Nikolai Kravinoff.

Selain itu, J.C. Chandor muncul sebagai pengarah filem Kraven The Hunter yang sebelum ini pernah membuat filem A Most Violent Year (2014), Margin Call (2011) dan All is Lost (2013). Dia dibantu oleh penulis skrip yang berpengalaman seperti Screen Story and Screenplay by: Art Marcum & Matt Holloway and Richard Wenk-penerbit hebat seperti Avi Arad, Matt Tolmach dan David Householter.

Kraven The Hunter bakal ditayangkan di Malaysia pada 5 Oktober ini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kraven The HunterMarvelSony PicturesSony Pictures Entertainment
ShareTweetSend
Previous Post

ROG ALLY Sah Dijual Pada Harga RM 3299 di Malaysia! Akan Tersedia Pada 1 Julai 2023!

Next Post

Steam Next Fest Sudah Bermula! Ini Game Demo yang Anda Perlu Cuba Sepanjang Acara!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Steam Next Fest Sudah Bermula! Ini Game Demo yang Anda Perlu Cuba Sepanjang Acara!

Steam Next Fest Sudah Bermula! Ini Game Demo yang Anda Perlu Cuba Sepanjang Acara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd