Setelah lama menanti pelancaran ROG Ally di Malaysia, akhirnya kita telah didedahkan dengan harga rasmi untuk peranti handheld tersebut. Dijual pada tanda harga RM 3299, ROG Ally akan mula dijual di seluruh Malaysia semasa ROG Roadshow di Concourse Plaza Lowyat dan pengedar rasmi ROG pada 1 Julai 2023!
Terdapat dua aksesori tambahan yang anda boleh gunakan bersama ROG Ally. Aksesori tersebut adalah seperti berikut:
- ROG Ally Travel Case – RM 199
- ROG Gaming Charger Dock – RM299
Untuk mendapatkan prestasi gaming yang lebih mantap, anda boleh sambungkan ROG Ally dengan XG mobile, sebuah peranti yang menyediakan kuasa grafik hebat sehingga NVIDIA GeForce RTX 4090 Laptop GPU, bersama-sama dengan semua port yang diperlukan untuk menyambungkan peranti anda dan monitor lain. Berikut adalah harga untuk XG Mobile mengikut model GPU:
- XG MOBILE RTX4090 – GC33Y – RM 9999
- XG MOBILE RTX3080 – GC31S – RM 7999
- XG MOBILE RX 6850M XT – GC32L – RM 6999

Promosi khas ROG Ally Malaysia
Jualan Dalam Talian rasmi — Bermula pada 19 Jun jam 8:30 malam
Untuk Stok Terhad dalam Masa terhad, tebus ROG ALLY Bundle bernilai RM 1299 , termasuk ROG Cetra Wireless, ROG Ally Travel Case, Pelindung Skrin dan ROG Gaming Charger Dock dengan tambahan PC Game Pass untuk 9 bulan.
Promosi Dengan Pembelian (PWP)
- XG MOBILE RTX3080 – GC31S – RM 7999 (Diskaun RM2000)
- XG MOBILE RX 6850M XT – GC32L – RM 6999 (Diskaun RM2000)

ROG ALLY Roadshow Bundle di Concourse Plaza Lowyat, 1 Julai 2023.
Lengkapkan pembelian ROG ALLY baharu anda dengan promosi bundle roadshow bermula pada 1 Julai 2023 dari 10 pagi dan seterusnya, di ROG Roadshow, Plaza Lowyat Concourse.
Untuk 100 pembeli pertama, tebus ROG ALLY Bundle dan berpeluang untuk cabutan bertuah bernilai sehingga RM8298 secara keseluruhan, termasuk ROG Cetra Wireless, ROG Ally Travel Case, Pelindung Skrin dan ROG Gaming Charger Dock.

Promo Pengedar Sah ROG ALLY: Bermula 1 Julai 2023 dan seterusnya
Beli ROG ALLY dan tebus 9 bulan Microsoft PC Game Pass bernilai RM135. Klik pautan ini untuk mengetahui lokasi kedai pengedar rasmi ROG!

Model yang akan tersedia di Malaysia adalah ROG Ally Z1 Extreme. Ia didatangkan dengan AMD Ryzen APU dan mereka akan menggunakan AMD Ryzen Z1 Extreme sebagai CPU dan GPU untuk membolehkan anda memainkan game dalam prestasi yang memuaskan. AMD Ryzen Z1 lengkap dengan RDNA 3 di mana ia mampu memberikan prestasi yang hebat.

Ia dilengkapi dengan RAM 16GB LPDDR5 bersama storan 512GB SSD. Terdapat juga satu slot MicroSD untuk penambahan storan. Selain itu, ROG Ally juga hadir dengan skrin Full HD (1080p) bersama 120Hz refresh rate dan FreeSync Premium supaya pemain boleh berseronok bermain game tanpa sebarang masalah stuttering, tearing atau FPS drop.

Dengan kepelbagaian ciri-ciri yang didatangkan pada ROG Ally, Windows 11 boleh digunakan dengan hanya menggunakan joystick, butang dan juga touchscreen.
Kami juga telah memberikan pandangan kami terhadap peranti handheld hebat ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai ROG Ally daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post