Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Tokyo Ghoul bukan karya sukses” – luahan hati pencipta Sui Ishida

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
“Tokyo Ghoul bukan karya sukses” – luahan hati pencipta Sui Ishida
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam sebuah temu ramah bersama media Manga Passion Germany, Sui Ishida, pelukis legenda di sebalik siri Tokyo Ghoul, tidak menganggap karyanya sebagai sukses sedangkan ia disukai oleh semua orang di seluruh dunia.

Kredit: Shueisha

Buat mereka yang tidak tahu, Tokyo Ghoul merupakan karya paling popular oleh Sui Ishida sehingga berjaya memenangi banyak penghargaan dan anugerah penting termasuk Best Manga di Comic-Con, dinobatkan untuk Harvey Award, dan sehingga Januari 2021, telah menjual lebih 47 juta salinan.

Walaupun bukti sudah ada depan mata, Ishida masih menganggap Tokyo Ghoul tidak berjaya. Menurut beliau;

“Setakat premis, saya tidak menganggap Tokyo Ghoul sebagai sukses. Bagi saya, kejayaan adalah apabila saya melukis sesuatu yang baik. Apabila terfikir, saya sebenarnya tidak meminta untuk ia [karya] diterima dengan sangat baik dalam masyarakat atau untuk ramai orang menyukainya. Kejayaan bagi saya ialah sama ada saya boleh memuji diri sendiri atau tidak.”

Kredit: Shueisha

Dengan jelas, Sui Ishida tidak bercakap tentang kejayaan dari segi keuntungan atau jualan. Bagi Ishida, dia merasakan Tokyo Ghoul tidak berjaya kerana cerita dan seninya amat “berkurangan”. Mungkin ramai peminat tidak setuju dengan kata-katanya tetapi itulah perasaan Ishida.

Pada masa yang sama, Ishida juga menjelaskan tentang perjuangannya untuk “berhubung dengan pembaca”, dengan mengaku bahawa dia tidak pasti jika karyanya sekarang dapat menarik minat mereka.

“Saya tidak mempunyai idea tepat tentang jenis orang yang suka membaca manga saya.”

Kredit: Shueisha

Punca masalah itu, Ishida menjadi terlalu risau sehingga ia mempengaruhi cara lukisan buat sementara. Seperti yang anda semua tahu, cita rasa pembaca sentiasa berubah tetapi saya yakin Sui Ishida mempunyai cukup pengalaman untuk menghasilkan karya bagus yang dapat menarik minat pembaca moden.

Bagi mereka yang tidak tahu, , Tokyo Ghoul adalah siri manga fantasi gelap Jepun yang mula bersiri dalam Shueisha Weekly Young Jump dari September 2011 hingga September 2014.

Selepas kejayaan manga, ia juga menerima adaptasi anime yang dihasilkan oleh studio Pierrot (studio sama yang mencipta Naruto, Black Clover, Yu Yu Hakusho dan Bleach). Walau bagaimanapun, versi anime tidak dapat meraih kejayaan yang sama seperti manga.

Kredit: Shueisha

Cerita ini berlatarkan versi alternatif Tokyo di mana manusia wujud bersama ghoul, makhluk yang kelihatan seperti manusia tetapi hanya boleh bertahan hidup dengan memakan daging manusia.

Protagonis, Ken Kaneki, adalah seorang pelajar kolej yang berubah menjadi half-ghoul selepas satu pertembungan bahaya. Kini, dia mesti menghadapi dunia sosial dan politik yang rumit antara manusia dan ghoul sambil berjuang untuk mengekalkan kemanusiaannya.

Sinopsis

Baca segala liputan kami tentang siri Tokyo Ghoul di SINI.

Tags: animemangaSui IshidaTokyo Ghoul
ShareTweetSend
Previous Post

Senarai Watak Anime Yang Mempunyai Latar Belakang yang Tragis!

Next Post

Preview Armored Core VI: Fires of Rubicon – Aksi mecha ala Dark Souls

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Next Post
Preview Armored Core VI: Fires of Rubicon – Aksi mecha ala Dark Souls

Preview Armored Core VI: Fires of Rubicon - Aksi mecha ala Dark Souls

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd