Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Final Fantasy XVI kini tersedia di Malaysia! Muat turun sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Demo, PS5, RPG
0 0
0
Demo Final Fantasy XVI kini tersedia di Malaysia! Muat turun sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix mengumumkan bahawa demo percuma untuk judul ARPG ‘Final Fantasy XVI‘ kini tersedia untuk muat turun melalui PlayStation Store di seluruh dunia, termasuk Malaysia!

Dalam demo ini, pemain akan mengalami dunia luas dan pertempuran aksi pantas FFXVI melaui dua segmen panjang. Segmen pertama ialah prolog kepada pembukaan permainan, kira-kira gameplay selama dua dua jam setengah jam yang menjelaskan tentang masa lalu Clive Rosfield dan peristiwa-peristiwa tragis yang membentukkan dirinya sekarang.

Save data daripada segmen ini boleh dibawa ke main game apabila ia dilancarkan secara rasmi pada minggu depan.

Kredit: Square Enix

Melengkapkan prolog kemudian akan membuka demo khas kepada sistem aksi pertempuran, kira-kira dua jam. Segmen ini menampilkan misi “menyusup ke dalam kubu” pada waktu malam, di mana Clive disokong oleh serigala setianya Torgal dan Cidolfus Telamon. Anda akan menghadapi pelbagai musuh dan bos epik.

Walaupun tidak dapat menyimpan save dalam segmen ini, ia membolehkan pemain menguji sistem pertempuran sepenuhnya melalui pelbagai abiliti dan aksesori. Segmen ini boleh dimainkan semula seberapa banyak kali yang anda mahu.

Kredit: Square Enix

Kredit: Square Enix

Bagi mereka yang tidak tahu tentang FINAL FANTASY XVI, ia adalah game ARPG dan sekuel terbaru dalam barisan utama Final Fantasy. Membintangi watak protagonis baharu dalam dunia baharu dengan kisah baharu, XVI menggabungkan kombinasi gameplay FF7 Remake dan pertempuran raksasa gergasi. Kami berpeluang untuk mencuba preview awal bagi Final Fantasy XVI yang anda boleh baca di SINI.

Final Fantasy XVI akan keluar di PlayStation 5 pada 22 Jun 2023 manakala versi demo tersedia sekarang. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Tags: DemoFinal Fantasy XVI
ShareTweetSend
Previous Post

AEW: Fighter Forever dedah Tag Team Mode, ada The Young Bucks, Best Friends & Lucha Bros

Next Post

Black Clover 361 – Harapan semakin pudar, Lucius bakal kuasai Clover Kingdom!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Black Clover 361 – Harapan semakin pudar, Lucius bakal kuasai Clover Kingdom!

Black Clover 361 - Harapan semakin pudar, Lucius bakal kuasai Clover Kingdom!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd