Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Internet kata ‘Substitution Jutsu’ terlalu kuat, terpaksa dibuang oleh pencipta Naruto

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 22, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Internet kata ‘Substitution Jutsu’ terlalu kuat, terpaksa dibuang oleh pencipta Naruto
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ramai peminat Naruto yang terlupa, tetapi ada satu jurus bernama Substitution Jutsu yang sering digunakan dalam mana-mana pertarungan di permulaan siri. Mengapa kita tidak lagi melihat jutsu ikonik ini lagi? Menurut internet, Masashi Kishimoto terpaksa membuang Substitution Jutsu kerana ia sebenarnya dianggap “terlalu kuat” dalam siri Naruto.

Apa itu Substitution Jutsu?

Kredit: Pierrot

Di beberapa story arc awal, Substitution Jutsu kerap ditunjukkan di mana ia dijelaskan dengan lebih mendalam oleh Uchiha Sasuke semasa ujian loceng yang dijalankan bersama Hatake Kakashi.

Dilabel sebagai E-Rank Jutsu, Substitution Jutsu membenarkan seorang shinobi untuk menggantikan badan mereka dengan batang pokok atau objek lain apabila terkena apa-apa serangan. Apabila serangan itu terkena, si penyerang akan ditunjukkan ilusi optik seolah-olah sasaran dipukul, lantas memberikan masa yang cukup kepada shinobi tersebut untuk melarikan diri atau menyerang balas.

Kredit: Pierrot

Walaupun nampak seperti jurus yang sangat berguna, hakikatnya Substitution Jutsu hanyalah jurus peringkat E dan merupakan teknik ‘basic’ yang diajar kepada semua kanak-kanak ninja sebelum mereka menjadi Shinobi rasmi.

Mengapa pencipta Naruto membuang Substitution Jutsu?

Teori ini muncul di internet, khususnya di Reddit dan GameSpot.

Kredit: Pierrot

Jika pandai digunakan, mana-mana shinobi boleh melarikan diri daripada setiap pertarungan dan mereka juga boleh mengelak daripada serangan maut. Sebagai contoh, Jiraiya atau Neji boleh menyelamatkan diri daripada dibunuh (dengan syarat, mereka berhampiran kayu, pokok atau apa-apa objek berkaitan).

Pada masa yang sama, jutsu ini boleh digunakan berulang kali tanpa ninja itu kehabisan chakra. Perkara ini dibuktikan semasa pertarungan Sakura dan ninja daripada Otogakure (Sound Village). Secara ringkas, keupayaan jutsu ini terlalu hebat.

Secara beransur-ansur, Masashi Kishimoto membuang jutsu itu daripada jalan cerita untuk memudahkannya merancang pertarungan besar tanpa plot hole pelik. Walau bagaimanapun, idea Substitution Jutsu tidak sepenuhnya dibuang kerana Kishimoto kemudian mengaplikasikan fungsi yang sama pada jutsu Amenotejikara milik Sasuke Uchiha.

Di sini, dia dapat bertukar posisi dengan objek (selalunya pedang Sasuke). Namun, jutsu itu hanya boleh digunakan oleh shinobi yang memiliki Rinnegan. Jika anda nampak persamaan tersebut, itu bermaksud Substitution Jutsu terlalu kuat dan boleh dianggap berada pada level yang sama dengan jutsu Rinnegan.

Kredit: Pierrot

Aneh tetapi benar.


Baca segala berita kami tentang francais Naruto di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen: 200% Hollow Purple Dilepaskan, Pertarungan Gojo vs Sukuna Bermula! [Spoiler]

Next Post

[Review] Miasma Chronicles – Kekal ikonik walaupun di dunia baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!
Review

Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!

Mafia: The Old Country – Gameplay & Sinematik Baharu Di Summer Game Fest
Berita

Mafia: The Old Country – Gameplay & Sinematik Baharu Di Summer Game Fest

June 9, 2025
Trailer Baru Untuk The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult Part 1 & Fallout 76: Gone Fission!
Berita

Trailer Baru Untuk The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult Part 1 & Fallout 76: Gone Fission!

June 9, 2025
Next Post
[Review] Miasma Chronicles – Kekal ikonik walaupun di dunia baru!

[Review] Miasma Chronicles - Kekal ikonik walaupun di dunia baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd