Shift Up telah mengumumkan Stellar Blade: BLOOD RAIN, iaitu sekuel kepada game action-adventure popular mereka yang dilancarkan pada tahun 2024. Didedahkan melalui trailer menarik semasa Summer Game Fest, entri ini memperkenalkan watak utama baharu bernama Evie dan membawa siri ini ke arah yang lebih fokus kepada combat jarak dekat.
Walaupun masih di peringkat awal pembangunan, Stellar Blade: Blood Rain belum mempunyai tarikh pelancaran rasmi atau senarai platform yang disahkan. Jika game pertama diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment sebagai eksklusif PlayStation 5 (dan kemudiannya dilancarkan di PC pada Jun 2025), Blood Rain pula akan diterbitkan sendiri oleh bahagian penerbitan Shift Up.

Trailer pengumuman (yang dirakam sepenuhnya menggunakan visual in-game versi PC) memberikan gambaran awal tentang perubahan dari segi gameplay dan tema permainan. Berbeza dengan game pertama yang lebih memfokuskan kepada pertempuran pedang bersama watak utamanya Eve, Blood Rain memberikan tumpuan kepada Evie, yang nampaknya lebih cenderung menggunakan seni bela diri. Dilengkapi dengan gauntlet putih, Evie dilihat melancarkan serangan dan kombo terhadap musuh dalam dunia dystopia berkonsepkan cyberpunk.

Sekuel ini juga dilihat lebih menekankan elemen body-horror. Trailer berkenaan memaparkan transformasi manusia secara ngeri menjadi raksasa menakutkan. Di sebalik perubahan ini, game-nya masih mengekalkan gaya visual ranggi, aksi pantas, cutscene dramatik, serta estetika watak yang menjadi identiti IP ini.

Melalui kenyataan yang dikongsi bersama trailer tersebut, Shift Up mengesahkan bahawa projek ini sedang dikendalikan oleh pasukan pembangunan asal francais berkenaan.

“Berlatarkan dunia yang sama dengan Stellar Blade, siri seterusnya ini menyambung kisah selepas peristiwa dalam game pertama, dengan memperkenalkan watak utama baharu iaitu Evie dan mengembangkan dunia permainan ke arah baharu yang lebih berani,” kata studio berkenaan. “Walaupun projek masih di peringkat awal pembangunan, Shift Up telah mencapai kemajuan yang amat baik dan tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak butiran apabila tiba masanya nanti.”








Discussion about this post