Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fast X Review — Penamat Saga yang Panjang Akhirnya Bermula!

Maira by Maira
May 18, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Movie/siri, Review
0 0
0
Fast X Review — Penamat Saga yang Panjang Akhirnya Bermula!

Kredit imej: Universal Pictures

Share on FacebookShare on Twitter

Fast X akan ditayangkan pagi nanti, kami pasti ramai yang sudah membeli tiket untuk menontonnya nanti. Kami juga berpeluang menonton filem ini dengan lebih awal. Jadi kalau nak tahu berbaloi atau tidak filem ini untuk ditonton, teruskan membaca review kami untuk Fast X.

Plot dan persembahan

Untuk filem terbaharu francais, ia berkait dengan penceritaan filem Fast and Furious 5. Ia berlaku 10 tahun selepas Dominic Terreto merompak peti simpanan wang daripada Hernan Reyes, yang merupakan antagonis Fast 5. Dia merupakan ahli politik dan ahli perniagaan yang korup di Brazil dan cuba untuk mengawal seluruh negara tetapi gagal. Adegan daripada filem tersebut ditunjukkan semula pada permulaan filem untuk memberikan sedikit maklumat mengenai Hernan Reyes dan anak lelakinya.

Fast X
Kredit: Universal Pictures

Selepas itu, kita melihat Roman, Tej, Hans dan Ramsey berbincang mengenai misi yang diberikan oleh The Agency. Misi tersebut meminta mereka untuk merampas peralatan berteknologi tinggi di Rom. Di sinilah bermulanya kisah Fast X. Rupa-rupanya The Agency tidak memberikan misi kepada mereka dan Dom yang mendapat tahu tentang perkara tersebut terus mengetahui bahawa mereka dalam bahaya.

Memang banyak betul perkara yang berlaku dalam filem ini malah pacing-nya juga agak laju. Kita juga akan didedahkan dengan misteri di sebalik misi palsu yang diberikan serta dalang atas perkara buruk yang berlaku kepada Dom dan keluarganya. Apabila filem tamat, masih ada banyak persoalan yang tidak terjawab, jadi tidak peliklah mengapa ada khabar angin yang mengatakan bahawa penamat filem ini akan terbahagi kepada tiga bahagian.

Fast X
Kredit: Universal Pictures

Efek visual dan segala benda dalam filem ini kelihatan baik dan kualitinya juga semakin bagus pada pandangan kami. Kami boleh rasa betapa sengitnya adegan pada babak terakhir filem. Lagak ngerinya juga semuanya bagus dan berjaya membuatkan kami gementar melihatnya. Walaupun tiada banyak aksi hebat seperti dalam Fast 9 dan Fast 9, kami perasan bahawa Fast X cuba untuk menambah baik penceritaannya dan bukanlah semata-mata pada lagak ngeri.

Lebih menarik sekali, kita dapat melihat semula elemen perlumbaan dalam francais ini. Kalau tak selalunya nampak adegan kejar mengejar sahaja, jadi terasa sedikit nostalgia melihat Dom berlumba semula.

Kredit: Universal Pictures

Watak-watak

Dalam filem ini, kita bertemu dengan Dante Reyes yang dilakonkan oleh Jason Momoa. Watak ini dibawa dengan bagi sekali malah memberikan sedikit elemen seronok dengan reaksi serta perangainya. Agak kelakar juga apabila melihat adegan dia bertemu dengan Dom. Dengan perwatakannya yang agak psikotik, ia memberikan impak yang besar sebagai orang jahat dalam filem ini.

Selepas itu, anak perempuan Mr Nobody yang dibawa oleh Brie Larson. Pada mulanya, kami ingat dia merupakan seorang watak yang lucu tetapi dia seseorang yang kuat seperti bapanya.

Fast X
Kredit: Universal Pictures

Jakob Torreto yang pada mulanya antagonis dalam Fast 9, nampaknya telah berubah dan kini seperti seorang bapa saudara yang baik kepada anak saudaranya. Ia sememangnya sesuai dengan rupa John Cena, mungkin disebabkan watak Peacemaker dalam DC.

Kredit: Universal Pictures

Kesimpulan

Sejujurnya, kami rasa Fast X merupakan permulaan yang baik untuk penamat francais. Dengan banyak perkara yang perlu dijawab, tidak peliklah mengapa ia memerlukan tiga filem untuk penamat saga ini. Untuk filem pertama, ia sudah mempunyai banyak perkara yang berlaku dan kami rasa rentaknya juga agak pantas. Dengan Jason Momoa sertai barisan pelakon untuk filem ini, ia membuatkan filem menjadi lebih menarik. Wataknya memberikan sesuatu yang baharu kepada filem malah memberikan keseronokkan kepada penonton yang melihat gelagatnya.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Kalau nak tahu lebih lanjut kepada ceritanya, kenalah ke pawagam nanti! Untuk membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Fast X

8 Score

PROS

  • Aksi mengagumkan dan kreatif
  • Percubaan yang baik untuk menambah lebih banyak cerita
  • Penambahan unsur komedi

CONS

  • Penceritaan yang agak pantas

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Fast X
ShareTweetSend
Previous Post

Jagged Alliance 3 akan datang ke PC Steam pada Julai 2023

Next Post

Asuka R♯ sertai barisan pahlawan Guilty Gear -Strive-! Akan tersedia 25 Mei bersama stage baru!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Asuka R♯ sertai barisan pahlawan Guilty Gear -Strive-! Akan tersedia 25 Mei bersama stage baru!

Asuka R♯ sertai barisan pahlawan Guilty Gear -Strive-! Akan tersedia 25 Mei bersama stage baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd