Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Siri Solo Leveling: Ragnarok Debut Dengan Lebih 100 Bab, Belum Ada Terjemahan Rasmi!

Maira by Maira
April 11, 2023
in Artikel, Berita, Komik, Movie/siri
0 0
0
Siri Solo Leveling: Ragnarok Debut Dengan Lebih 100 Bab, Belum Ada Terjemahan Rasmi!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diwar-warkan minggu lalu, Solo Leveling mendapat spin-off baharu yang bertajuk “Solo Leveling: Ragnarok.” Pada 10 April yang lalu, siri spin-off itu telah rasmi diterbitkan di Kakao Page dalam bahasa Korea. Ingatkan spin-off itu diterbitkan dalam bentuk manhwa, rupa-rupanya ia sebenarnya dalam versi webnovel.

👥 성진우 아들이라고?…
뭐야… 멋있어…👤👥#나혼자만레벨업_라그나로크
공개까지 D-7 ‼️#나혼자만레벨업 #스핀오프#나혼자만레벨업라그나로크 pic.twitter.com/Ax9rhD0U3Z

— 카카오페이지 kakaopage (@kakaopage) April 1, 2023

Dengan lebih 105 bab yang diterbitkan, Solo Leveling: Ragnarok memperkenalkan anda kepada protagonis terbaru iaitu Sung Su Ho, anak lelaki kepada Sung Jin Woo yang kini seorang pelajar universiti. Dia sering mendapat mimpi di mana dia “naik level” setelah mengalahkan raksasa dan apabila dia sampai ke bilik boss, dia terkejut apabila melihat rupa boss tersebut sama seperti bapanya. Tetapi mimpi tersebut bukan lagi sekadar mimpi apabila Gate terbuka di Universiti tersebut.

Solo Leveling Ragnarok

Kalau anda ingin tahu, spin-off ini ditulis oleh Daul, penulis siri Infinite Reset dan Dungeon Reset. Apabila kami membaca bab awal, nampaknya bahaya akan muncul semula ke Bumi. Dengan Sung Jin Woo menghilang, agaknya apalah yang akan terjadi nanti.

Buat masa ini, tiada maklumat jika ia akan dilepaskan dengan format webtoon. Apa pun kita tunggu sahaja pengumuman mengenainya nanti.

Mengenai Solo Leveling, ia merupakan webnovel yang dihasilkan oleh Chugong pada 2016 dan tamat pada 2017. Ia kemudian mendapat adaptasi manhwa oleh DuBu yang akhirnya menaikkan populariti siri ini di seluruh dunia. Bukan setakat itu sahaja, ia juga mendapat adaptasi anime oleh studio A1 Pictures dan akan ditayangkan pada 2024 nanti.

Sebagai tambahan, siri ini akan hadir dengan game mobile dan PC yang bertajuk “Solo Leveling: Arise”, yang akan dikeluarkan secara global pada tahun ini. Buat masa ini, masih tiada tarikh tetap untuk pelancaran game tersebut.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Solo LevelingSolo Leveling: Ragnarok
ShareTweetSend
Previous Post

Arcane Season 2 tidak akan keluar pada 2023, tayangan masih jauh lagi!

Next Post

Pelakon Ada Wong serang balik peminat toksik RE4 Remake – isu pelakon tidak sepadan watak!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Pelakon Ada Wong serang balik peminat toksik RE4 Remake – isu pelakon tidak sepadan watak!

Pelakon Ada Wong serang balik peminat toksik RE4 Remake - isu pelakon tidak sepadan watak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd