Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Arcane Season 2 tidak akan keluar pada 2023, tayangan masih jauh lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 11, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri
0 0
0
Arcane Season 2 tidak akan keluar pada 2023, tayangan masih jauh lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan pelancaran siri animasi Arcane pada tahun 2021, Netflix mengumumkan bahawa mereka dalam proses bekerjasama dengan Riot untuk Arcane Season 2. Bagaimanapun, kami tidak menerima apa-apa berita lanjut mengenai Season 2 sejak pengumuman itu, yang membawa kepada banyak spekulasi daripada peminat. Malangnya, kami mendapat info baharu dan ternyata Arcane Season 2 tidak akan dikeluarkan pada tahun ini menurut kata Nicolo Laurent, Ketua Pegawai Eksekutif Riot Games.

Semasa bercakap dengan Guan Ze Yuan (caster LPL) dalam temu bual, Laurent menjelaskan bahawa Arcane tidak akan dikeluarkan pada tahun 2023. Namun, masih ada berita baik. Laurent berkata bahawa dia telah menonton episod ketiga untuk Season 2 baru-baru ini dan meluahkan keterujaan tentang kualiti animasi yang dihasilkan.

Namun, bagi mereka yang tidak sabar-sabar untuk menonton Arcane, anda semua perlu bersabar kerana Laurent berkata bahawa peminat perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga 2024.

Nicolo Laurent, Ketua Pegawai Eksekutif Riot Games kata:

“Ia belum bersedia lagi dan ada dua sebab. Satu, anda mahukan kualiti. Kami tidak mahu tergesa-gesa dan itu memerlukan masa. Itu sebab yang baik. Sebab buruk pula, secara jujur, kami tidak tahu sama ada Season 1 akan berjaya, jadi kami tidak memulakan Season 2 sehingga [kemudian]. Jika saya tahu, kami boleh memulakan Season 2 lebih awal. Tetapi kami tidak tahu, jadi kami menunggu dan sekarang perlu membayar balasannya. Jadi, malangnya, ia bukanlah tahun ini.”

Walaupun berita ini agak mengecewakan untuk dengar, penjelasan CEO Riot Games tentang proses pembikinan Arcane Season 2 yang lama dan perlahan amat munasabah dan masuk akal. Sekurang-kurangnya kita tahu produksi animasi sedang berjalan lancar dan kini mereka sudah siap hingga episod 3.

Satu lagi perkara bagus adalah RIOT akan lebih bersiap sedia pada masa akan datang untuk Season 3 kerana sudah membuat perancangan yang patut. Oleh itu, Season 3 sepatutnya akan siap lebih awal berbanding Season 2.


Untuk membaca segala liputan kami tentang Arcane, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasiArcane season 2netflix
ShareTweetSend
Previous Post

Siri Game Sword Art Online Dedahkan Projek Baharu & Trailer Baharu Last Recollection!

Next Post

Siri Solo Leveling: Ragnarok Debut Dengan Lebih 100 Bab, Belum Ada Terjemahan Rasmi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Hatsune Miku Bawa MIKU EXPO 2025 Ke Malaysia Buat Pertama Kali Dalam Asia Tour
Acara

Hatsune Miku Bawa MIKU EXPO 2025 Ke Malaysia Buat Pertama Kali Dalam Asia Tour

July 15, 2025
Aksi RPG “EDENS ZERO” Rasmi Keluar Hari Ini – Berdasarkan Karya Kosmik Hiro Mashima!
Berita

Aksi RPG “EDENS ZERO” Rasmi Keluar Hari Ini – Berdasarkan Karya Kosmik Hiro Mashima!

July 15, 2025
Gearbox Berminat Dengan Konsep “Borderlands Dating Sim,” Terbuka Kepada Idea
Berita

Gearbox Berminat Dengan Konsep “Borderlands Dating Sim,” Terbuka Kepada Idea

July 15, 2025
Next Post
Siri Solo Leveling: Ragnarok Debut Dengan Lebih 100 Bab, Belum Ada Terjemahan Rasmi!

Siri Solo Leveling: Ragnarok Debut Dengan Lebih 100 Bab, Belum Ada Terjemahan Rasmi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd