Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Starfield ditangguhkan & bakal dilancarkan pada 6 September ini di Xbox & PC!

safwan by safwan
March 9, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, PC, RPG, Steam, Xbox, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Starfield ditangguhkan & bakal dilancarkan pada 6 September ini di Xbox & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Bethesda Softworks telah mengesahkan yang game yang dinantikan ramai pemain Starfield akan menerima penangguhan kali kedua dan akan dilancarkan pada 6 September 2023 di Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Sebelum ini, mereka mengumumkan yang game ini telah ditangguhkan kepada separuh pertama 2023 daripada tarikh pelancaran awal iaitu 11 November 2022. Dan ini adalah penangguhan kali kedua yang dikenakan kepada Starfield kerana September adalah separuh kedua 2023.

Bersama dengan mengesahkan tarikh pelancaran Starfield, mereka telah mengumumkan yang mereka akan mengadakan satu acara dengan nama Starfield Direct pada 11 Jun 2023 bagi mendedahkan lebih banyak maklumat berkenaan game itu.

Kalau anda nak tahu, Starfield merupakan game action RPG yang dibangunkan oleh Bethesda Game Studios dan akan diterbitkan oleh Bethesda Softworks. Game ini akan menampilkan tema angkasa lepas dan anda boleh mereka bentuk watak sendiri serta mengembara ke pelbagai tempat.

Starfield September

Starfield berlaku pada tahun 2330 di mana manusia telah menerokai sistem suria dan menetap di planet baharu. Dari pelombong angkasa lepas hingga menyertai Constellation, kumpulan peneroka terakhir yang mencari artifak yang jarang ditemui di seluruh galaksi. Anda boleh tengok gameplay pertama yang telah dikeluarkan pada tahun lepas di bawah:

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Starfield telah diumumkan sejak tahun 2018 dan bakal dikeluarkan pada 6 September 2023 di Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan Xbox Game Pass pada hari pelancaran.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bethesda SoftworksseptemberStarfield
Previous Post

Sword Art Online: Last Recollection Akan Lancar Pada 5 Oktober 2023 Untuk Konsol! Manakala Steam Pada 6 Oktober!

Next Post

Update baharu PS5 kini tersedia – kini mampu sokong Discord voice chat & banyak lagi!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Update baharu PS5 kini tersedia – kini mampu sokong Discord voice chat & banyak lagi!

Update baharu PS5 kini tersedia - kini mampu sokong Discord voice chat & banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd