Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] Tiket ‘Ant-Man and The Wasp: Quantumania’ akan mula dijual pada 8 Feb 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 27, 2023 - Updated on February 8, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
[UPDATE] Tiket ‘Ant-Man and The Wasp: Quantumania’ akan mula dijual pada 8 Feb 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE: Tiket Ant-Man and The Wasp: Quantumania kini sudah mula dijual di GSC dan TGV! Buat mereka yang ingin menonton versi fan screening, kedua-dua pihak menyediakan tawaran IMAX dengan pakej masing-masing di pawagam khusus. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi GSC atau TGV!

With RM42, you get:
🐜 Ticket for IMAX Laser 3D
🐜 Limited Edition IMAX poster
🐜 Regular Combo

Tickets will go on sale 12PM, 8 Feb! Plan your dates now! Limited seats available! ✨

— GSC (@GSCinemas) February 7, 2023

You'll also get 1x AntmanAndTheWaspQuantumania poster and a Royale combo with UNLIMITED Coca-Cola refill!

Set your alarms because tickets go on sale today at 12pm.#QuantumaniaMYatTGV

— TGV Cinemas 🇲🇾 (@TGVCinemas) February 8, 2023

Artikel original adalah seperti berikut:


Ant-Man and the Wasp: Quantumania bakal menggegarkan dunia adiwira sebagai menjadi filem pertama dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) Phase 5. Bakal ditayangkan pada 16 Februari, kami ada berita baik buat peminat Marvel yang tidak sabar kerana anda boleh memesan tiket Ant-Man and The Wasp: Quantumania secara dalam talian bermula 8 Februari 2023 12PM melalui GSC dan TGV!

The Quantum Realm awaits. Advance tickets for Ant-Man and the Wasp: #Quantumania will go on sale 8 February, 12PM! 🐜💥 pic.twitter.com/W1Z6yZdFOK

— GSC (@GSCinemas) January 27, 2023

Malaysia, are you ready to witness the power of #Kang the Conqueror?

Mark your calendars as tickets for #AntManAndTheWaspQuantumania will be AVAILABLE on 8 FEBRUARY, 12 PM. #QuantumaniaatTGV pic.twitter.com/y8mUtFSdhE

— TGV Cinemas 🇲🇾 (@TGVCinemas) January 27, 2023

Sinopsis:

Selepas peristiwa “Avengers: Infinity War” dan “Avengers: Endgame,” Scott Lang (Paul Rudd) dan Hope Van Dyne (Evangeline Lilly) kembali meneruskan pengembaraan superhero mereka sebagai Ant-Man dan The Wasp.

Bersama dengan ibu bapa Hope – Janet Van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Hank Pym (Michael Douglas), serta anak perempuan Scott – Cassie Lang (Kathryn Newton), seluruh keluarga mendapati diri mereka terperangkap di Quantum Realm, dan berjumpa dengan makhluk yang unik dan pelik.

Maka, mula sebuah pengembaraan yang memaksa masing-masing melampaui batas fikiran sambil menghadapi Kang the Conqueror, ancaman terbaharu selepas Thanos.

Diarahkan oleh Peyton Reed dan diterbitkan oleh Kevin Feige, dan Stephen Broussard, Ant-Man and The Wasp: Quantumania juga membintangi Jonathan Majors sebagai Kang, David Dastmalchian sebagai Veb, Katy O’Brian sebagai Jentorra, William Jackson Harper sebagai Quaz dan Bill Murray sebagai Lord Krylar.

Watak-watak utama:

  • Scott Lang / Ant-Man
    • Seorang Avenger dan bekas penjenayah kecil dengan sut yang membolehkan dia mengecil atau membesar sambil meningkatkan kekuatan. Selepas peristiwa Avengers: Endgame (2019), Lang telah menjadi seorang selebriti terkenal, serta pengarang buku autobiografi bertajuk Look Out for the Little Guy, yang menceritakan cara dia membantu menyelamatkan alam semesta daripada Thanos.
  • Hope van Dyne / Wasp
    • Anak perempuan kepada Hank Pym dan Janet van Dyne yang menerima sut Wasp daripada ibunya. Dia berkhidmat sebagai ketua Pym van Dyne Foundation, yang menggunakan Pym Particles untuk tujuan kemanusiaan.
  • Kang the Conqueror
    • “Musuh yang boleh mengembara pelbagai masa di pelbagai alam.” Dia terperangkap dalam Quantum Realm, dan memerlukan Pym Particles untuk menghidupkan kapalnya supaya dapat pergi ke mana-mana dan pada bila-bila masa.
  • Cassie Lang
    • Anak perempuan Scott Lang yang berusia 18 tahun. Dia memperoleh sut yang lebih kurang sama seperti bapanya. Sangat bijak, dia berminat dengan buku nota lama Pym yang menjelaskan lebih lanjut tentang sains dan teknologi dari Quantum Realm.

Sekali lagi saya ingatkan, Ant-Man and The Wasp: Quantumania akan mula ditayangkan di Malaysia pada 16 Februari manakala tiket akan mula dijual pada 8 Februari 12PM di GSC dan TGV.

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Ant-Man termasuk filem, komik dan game, sila tekan pautan ini. Kami juga menyediakan trivia dan fakta ringkas tentang antagonis terbaru – Kang the Conqueror, yang korang boleh baca di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ant-ManAnt-Man and the Wasp: QuantumaniaMarvelmcutiket
Previous Post

Guilty Gear -Strive- buka Network Beta Test, uji ciri Cross-Platform termasuk Xbox One & Xbox Series!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Hubungan Antara Kenjaku Dan Yuji

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen: Hubungan Antara Kenjaku Dan Yuji

Jujutsu Kaisen: Hubungan Antara Kenjaku Dan Yuji

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd