Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acara Starlight Fantasy 2023 bermula 10-12 Feb di Times Square – kemasukan percuma & peluang jumpa Kamen Rider Decade sebenar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 26, 2023
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Komik, Manga, Pameran/Expo, Tempatan, Tokusatsu
0 0
0
Acara Starlight Fantasy 2023 bermula 10-12 Feb di Times Square – kemasukan percuma & peluang jumpa Kamen Rider Decade sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Kali terakhir dilihat pada Mei tahun lepas, Starlight Fantasy 2023 kembali sekali lagi pada 10 hingga 12 Februari 2023 di Berjaya Times Square Kuala Lumpur untuk acara penuh game, anime, komik, cosplay dan banyak lagi! Ditaja oleh Berjaya Times Square dan Sushi King, pengunjung diberi akses “KEMASUKAN PERCUMA” ke acara, jadi anda semua tidak perlu bayar walau satu sen untuk masuk.

Di hari acara, Starlight Fantasy 2023 akan dipenuhi dengan pelbagai persembahan dan permainan. Secara khususnya, pentas akan dipenuhi oleh 13 Vtuber (Virtual Streamer) dan 10 persembahan unik.

Untuk memberi sedikit kelainan, Starlight Fantasy, buat kali pertama, akan mengadakan persembahan Vtuber secara LANGSUNG pada skrin LED besar atas pentas di mana beberapa Vtuber termasuk NatsuInu Bluce, Akitsuki Inori dan Umineme Alice dapat berinteraksi dengan peminat dan peserta lain.

Selain gembar-gembur biasa, lebih daripada 40 Cosplayer akan mengambil bahagian sebagai pemilik booth, dan menjual karya mereka. Selain itu, ramai pelukis hebat aka artis Doujin juga akan mengambil bahagian dalam booth masing-masing dan menjual karya mereka.

COSPLAY

ARTIS DOUJIN

PERSEMBAHAN

Tetapi acara utama di Starlight Fantasy 2023 adalah penampilan khas oleh Inoue Masahiro, pelakon Jepun yang terkenal sebagai Kamen Rider Decade. Inoue akan menghadiri acara itu bersama projek tokusatsu MLY Premier dan akan mengadakan sesi panel secara LIVE dan percuma pada 11 & 12 Februari. Acara terhad, barangan rasmi eksklusif, sesi tandatangan & sesi fotografi juga akan tersedia untuk kedua-dua hari.

Barangan game & komik animasi, seni Doujin, cosplay Doujin, figura kolektif, makanan, minuman dan banyak lagi, semuanya disediakan untuk pengunjung. Jadi jangan lupa untuk menghadiri Starlight Fantasy jika ada peluang!

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi untuk maklumat lanjut.

Tags: acaraKamen Rider DecadeStarlight Fantasy 2023
Previous Post

OddBallers – Game berdasarkan dodgeball kini tersedia di semua platform

Next Post

Dead Space Remake (PS5) Review — Kembali ke Ishimura Yang Dipenuhi Necromorph!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Dead Space Remake (PS5) Review — Kembali ke Ishimura Yang Dipenuhi Necromorph!

Dead Space Remake (PS5) Review -- Kembali ke Ishimura Yang Dipenuhi Necromorph!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd