Peminat Dead Space mesti ternanti-nanti remake game baharu yang akan keluar hujung minggu ini, betul tidak? Kami pasti ada yang risau mengenai prestasi game ini memandangkan ia dibangunkan oleh Motive Studio dan bukannya studio lamanya, Visceral Games. Tetapi rasanya anda semua tidak perlu risau sangat. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca review Dead Space remake kami!
Kembali ke Dead Space
Bagi kami, Dead Space seperti Resident Evil yang berlaku di angkasa. Kita bermain sebagai Isaac Clarke, seorang jurutera yang datang ke USG Ishimura untuk mencari Nicole, teman wanitanya. Tetapi sampai sahaja di sana, kapal tersebut telah musnah dan dipenuhi dengan Necromorph — raksasa yang terhasil daripada mayat manusia. Masalah lain pula, raksasa ini tidak boleh dibunuh walaupun ditembak pada kepala. Jadi untuk menghentikan mereka, kita cuma boleh pisahkan anggota badan Necromorph.
Sambil kita cuba menyelamatkan Ishimura daripada jatuh ke genggaman planet Aegis VII, kita akan didedahkan dengan lebih banyak maklumat tentang cult Unitology dan kaitan cult tersebut dengan Necromorph dan Ishimura.
Bercerita tentang Dead Space, ramai tahu bahawa game ini mempunyai UI yang bagus. Walaupun tidak mempunyai HUD, kesemua maklumat boleh didapatkan melalui sut Isaac. RIG pada badannya menunjukkan “health” Isaac manakala bilangan peluru pula ditunjukkan pada pistol serta crosshair.
Selain itu, game ini juga hadir dengan combat yang sedikit berbeza. Selalunya kalau game menembak, pasti kita akan selalu tembak pada kepala sebab lebih mudah untuk musuh dibunuh. Tetapi dalam Dead Space, kita perlu elak daripada menembak kepala. Kalau mereka yang biasa tembak kepala dalam game FPS, pasti secara refleks menembak kepala Necromorph. Memandangkan Isaac seorang jurutera, kebanyakan senjatanya merupakan alat perlombongan yang berbeza.
Walaupun ia sebuah game remake, ia masih lagi memberikan pengalaman Dead Space yang segar. Jadi kalau anda bosan dengan game TPS (Third Person Person) sekarang, ini peluang yang baik untuk bermain Dead Space.
Gameplay
Untuk gameplay Dead Space remake, Isaac boleh mengguna empat benda untuk melawan Necromorph yang berada dalam Ishimura. Jom kita lihatnya satu persatu:
Pistol: Isaac boleh guna sehingga empat jenis pistol dalam satu masa, yang boleh ditukar pada bila-bila masa melalui skrin “inventory”. Setiap pistol mempunyai “alternate fire” yang memakan banyak peluru, tetapi bukan selalu begitu. Plasma Cutter antara pistol terbaik dalam game ini dan ia merupakan pistol pertama yang kita dapat. Lebih menarik sekali, ia mempunya alternate fire yang membolehkan kita menembak secara menegak atau melintang.
Kalau sudah guna pistol, sudah tentu kita perlu tumpu kepada pelurunya juga. Ada sebab kenapa kita hanya boleh bawak empat pistol sahaja. Pertama, peluru juga memerlukan ruang dalam inventory. Selain itu, game akan kembalikan peluru untuk pistol dalam inventory, cuma kita tidak pakainya. Jadi kalau kita cuma gunakan Plasma Cutter tetapi mempunyai Pulse Blaster dalam inventory, peluru Pulse Blaster turut ada dalam inventory.
Stasis: Ia membolehkan anda melambatkan apa-apa sahaja. Ia banyak digunakan untuk menyelesaikan puzzle, sebagai contoh kipas yang diperlahankan untuk mudah kita melepasinya tanpa mendapat sebarang damage. Walaupun Stasis merupakan resource yang terhad, tetapi kita boleh mendapatkannya semula melalui Stasis Refill Station yang berhampiran dengan puzzle. Bukan setakat puzzle sahaja, Stasis juga boleh digunakan kepada musuh. Kita memperlahankan pergerakan Necromorph supaya mudah diserang. Terutamanya Necromorph yang memerlukan kita menembak bahagian belakang badannya untuk membunuhnya.
Kinesis: Seperti telekinesis, Isaac boleh mengambil barang dan mencampaknya. Ianya penting untuk kebanyakan puzzle kerana kita perlu menggunakannya untuk meletakkan bateri atau sebagainya. Kalau dalam Callisto Protocol, kita boleh mengambil musuh, tetapi kita tidak melakukannya dalam Dead Space. Apa yang kita boleh buat hanyalah memotong lengan Slasher kemudian membaling lengan tersebut kembali kepada mereka, lalu membunuh mereka. Terdapat juga objek yang boleh digunakan sebagai senjata contohnya spike atau bilah kipas.
Melee: Isaac mempunyai dua butang melee. Satu untuknya menggunakan penumbuknya manakala satu lagi merupakan pijakan kuat untuk membuka peti. Memandangkan combat dalam Dead Space agak perlahan dan tiada butang untuk mengelak, kalau boleh janganlah guna melee. Lebih baik gunakan senjata lain.
Combat
Seperti yang kami ceritakan di atas, menembak kepala Necromorph tidak akan membunuhnya kecuali kita memotong anggota badannya. Sejujurnya ia terasa menyeronokkan. Selain daripada memotong lengan mereka, kita boleh perlahankan mereka dengan memotong kaki mereka. Ada juga beberapa Necromorph yang mempunyai ciri menarik seperti bom pada lengannya. Jadi anda boleh sahaja menggunakannya dengan memotong lengan itu dahulu, kemudian mencampaknya kepada musuh tersebut.
Terdapat juga Pregnant Necromorph yang akan membelah perutnya, yang akan mengeluarkan Necromorph yang lebih kecil dan akan melambatkan anda serta memberikan damage. Jadi untuk elakkannya daripada berlaku, kita kenalah potong dahulu lengannya. Reka bentuk Necromorph sangat membantu dalam game kerana kita mudah untuk tahu bagaimana mereka menyerang. Sebagai contoh, Slasher mempunyai lengan besar dan panjang yang berada lebih tinggi daripada kepalanya. Jadi kita tahu anggota mana yang perlu diserang dahulu.
Antara benda baru yang diperkenalkan dalam Dead Space remake ialah Peeling System. Setiap kali kita menembak Necromorph, kita akan mendapat maklum balas visual. Sebagai contoh, dengan menembak lengan Necromorph, kita akan melihat kulitnya terbakar sedikit. Jika kita menembak untuk kali kedua, mungkin tinggal tulang sahaja nanti. Ianya satu ciri yang menarik dan sangat sesuai dengan game seperti Dead Space.
Upgrade senjata
Pistol yang kita gunakan boleh upgrade di BENCH. Tetapi and perlu menggunakan Power Nodes yang boleh dibeli di kedai ataupun loot. Cara upgrade seperti branching skill tree, jadi ikut sahaja path upgrade yang anda inginkan untuk pistol anda. Untuk tambah path baru untuk setiap skill tree, kita perlu beli atau cari upgrade senjata.
Sut milik Isaac juga boleh upgrade untuk tambah baik Health, Oksigen dan tempoh Stasis. Satu lagi pembaharuan baru yang kita boleh jumpa dalam remake ini ialah setiap level dalam skill tree akan berikan buff kepada pemain.
Perkara lain yang perlu tahu
Game survival horror akan meminta kita melakukan pelbagai benda untuk terus hidup. Semasa menjalankan quest, kita akan menghadapi puzzle, perangkap dan perlu uruskan banyak uruskan sumber. Peluru senjata pula boleh didapatkan secara rawak daripada peti ataupun musuh dan kita akan mempunyai ruang inventory yang terhad. Setiap kawasan yang kita pergi akan mempunyai hab mini tersendiri, di mana kita biasanya selamat tanpa sebarang gangguan musuh. Kalau bekalan tidak cukup, boleh sahaja kita membelinya melalui Store menggunakan kredit yang kita dapat daripada loot.
Cara game ini memberikan pemain sesuatu yang baharu sememangnya sesuatu yang bagus. Terdapat segmen anti-graviti di mana kita boleh buat Isaac terapung untuk berinteraksi dengan puzzle dengan cara baharu, dan versi remake ini memberikan penambahbaikan dengan memberikan penerbangan daripada Dead Space 2 dan Dead Space 3, jadi kita tidaklah terbang ke depan sahaja.
Dead Space remake juga memberikan ganjaran kepada pemain yang ada perasaan ingin tahu. Terdapat satu side quest yang merangkumi beberapa kawasan, jadi kalau nak senang, main sahaja quest tersebut daripada bab pertama. Jadi apabila menjumpai kawasan baharu, mudah untuk sambungnya nanti. Bukan setakat itu sahaja, Wayfinder dalam game ini juga terbaik! Tekan sahaja R3, Isaac akan dapat melihat laluan yang akan membawanya ke objektif seterusnya.
Security Level merupakan satu lagi ciri terbaru yang diperkenalkan dalam versi remake game. Jika dahulu anda menggunakan Power Nodes untuk membuka pintu berkunci. Ia selalunya mempunyai peluru atau benda penting dan memberikan pemain Node lain.
Tetapi dalam versi remake, pintu berkunci mempunyai Security Level melalui cerita, dan kita akan kembali semula kepada yang lama. Mengikut pemain, mungkin ada yang tidak menyukainya dan lebih sanggup menggunakan Power Node untuk membuka pintu tersebut. Terdapat juga Master Level Security yang terikat pada subquest. Jadi anda kena mencari Master Lock yang membolehkan anda untuk membukanya. Nasib baik ia mengikuti struktur subquest.
Visual dan grafik
Dalam Dead Space Remake, sudah tentu beberapa penambahbaikan grafik telah diberikan kepada watak dan latar belakang. Mungkin akan ada yang menyukainya dan ada yang tidak gemar dengannya. Tetapi Motive Studio masih mampu mengekalkan keseramannya. Kapal angkasa yang ditinggalkan sememangnya tetapan yang menarik, lebih-lebih lagi apabila anda bukanlah seorang askar. Memandangkan game ini game seram, sudah tentu ada detik-detik menyeramkan yang berlaku.
Kesimpulan
Dead Space remake sememangnya sebuah game remake yang hebat. Kami memang syorkan kepada anda untuk bermainnya apabila ia keluar nanti. Motive Studio telah melakukan kerja yang baik untuk remake ini dan pemain baharu pasti akan menyukainya. Penambahan baharu yang diberikan mungkin mendapat reaksi yang berbeza daripada pemain tetapi rata-rata ia masih lagi memberikan pengalaman bermain yang seronok.
Game ini akan dilancarkan ke PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan EGS!
@gamersantaimy
The Review
Dead Space Remake
PROS
- Gameplay yang hebat
- Kekal seram seperti game terdahulu
CONS
- Security Level mungkin menjengkelkan kepada pemain
Discussion about this post