Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Scarz merupakan juara ROG Masters APAC 2022, raja R6 Siege Asia Pasifik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2022
in Artikel, Berita, Esports, PC, Shooter
0 0
0
Scarz merupakan juara ROG Masters APAC 2022, raja R6 Siege Asia Pasifik!
Share on FacebookShare on Twitter

Berlangsung di Thailand Game Show, Scarz dari Jepun menewaskan Gaimin Gladiators 2-1 untuk menjadi juara ROG Masters APAC 2022 dan bahagian terbesar daripada prize pool 40,000 USD (RM 189 ribu)!

Lebih daripada 100 pasukan Tom Clancy’s Rainbow Six: Siege dari seluruh rantau Asia Pasifik telah menyertai kejohanan sejak bulan Ogos di mana peringkat akhir telah diadakan di Thailand Game Show tahun ini. Akhirnya, hanya 4 pasukan sahaja yang berjaya ke fasa pertandingan acara langsung.

Di perlawanan terakhir, pasukan Scarz dari Jepun dan Gaimin Gladiators dari Indonesia memberikan pertarungan yang hebat di depan 160,000+ para hadirin dan jumlah penonton yang menonton di rumah tetapi Scarz juga yang membawa pulang gelaran juara.

“Ia satu perjalanan yang menakjubkan untuk menyaksikan pemain-pemain ini bersaing perlawanan demi perlawanan sehingga ke Grand Final. Keseronokan seperti ini adalah sebab ASUS menganjurkan ROG Masters Asia Pasifik.”

“Kami berterima kasih atas peluang untuk memperkasakan pemain seperti Scarz dan menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka ke arah kehebatan e-sukan dan kami berharap dapat menawarkan jalan yang sama untuk berjuta-juta pemain pada masa hadapan.”

kata Peter Chang, Pengurus Besar, Rantau Asia Pasifik, Kumpulan Perniagaan Sistem di ASUS.

Kejohanan tahun ini adalah yang pertama untuk menampilkann Tom Clancy’s Rainbow Six: Siege, dan bermula dengan “open qualifiers” pada bulan Ogos dan kemudian diteruskan ke “closed qualifiers” bersama pasukan pro yang menerima jemputan pada bulan September. Empat pasukan itu, termasuk Scarz, mewakili empat pasaran yang membentuk rantau ROG Masters Asia Pasifik, Asia Selatan, Asia Tenggara, Korea dan Jepun.

Untuk melihat keputusan penuh kejohanan, sila layari halaman rasmi Kejohanan ROG Masters APAC 2022 di SINI.

Tags: EsportsRainbow Six SiegeROG Masters APAC 2022
Previous Post

Oddworld: Soulstorm – Oddtimized Edition hadir untuk Switch, bersama edisi terhad!

Next Post

GPU Nvidia RTX 4090 terlalu kuat hingga cair kabel PC, ramai takut nak upgrade!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
GPU Nvidia RTX 4090 terlalu kuat hingga cair kabel PC, ramai takut nak upgrade!

GPU Nvidia RTX 4090 terlalu kuat hingga cair kabel PC, ramai takut nak upgrade!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd