Alang-alang Monsta telah lepaskan perancangan mereka untuk siri BoBoiBoy Galaxy, rasanya sudah ramai antara anda ternanti-nantikan kuasa hebat yang bakal ditunjukkan oleh protagonis kita nanti. Seperti yang diperkenalkan semasa awal siri, BoBoiBoy (BBB) memiliki kuasa yang membolehkannya untuk berpecah dan menggunakan kuasa elemental. Mungkin ada antara anda yang sudah lama tidak mengikuti perkembangan kuasa elemental tersebut. Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat kuasa-kuasa hebat elemental BoBoiBoy.

Untuk pengetahuan anda, BoBoiBoy mempunyai tujuh elemen utama yang boleh digunakan. Kesemua elemen tersebut mempunyai dua tahap. Sudah tentu tahap kedua kuasa tersebut lebih kuat berbanding yang pertama. Berikut adalah kesemua bentuk elemental berserta tahap kedua yang dimiliki BoBoiboy:
- Petir → Halilintar
- Tanah → Gempa
- Angin → Taufan
- Api → Blaze
- Air → Ais
- Daun → Duri
- Cahaya → Solar
Kalau anda perasan, setiap kali BBB berpecah atau membuatkan klon dirinya, setiap versi BBB akan mempunyai kuasa elemental masing-masing. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga mempunyai personaliti unik tersendiri. Memang kecoh jugalah setiap BBB berpecah apabila menggunakan kuasanya itu.

Selain daripada personaliti, setiap klon juga mempunyai gaya pakaian tersendiri yang masin berpandukan pada pakaian yang dipakai BBB asal. Tidak cukup dengan itu, pakaian mereka juga mempunyai warna tersendiri mengikut bentuk elemental.
Tidak cukup dengan kuasa elemental tersebut, BoBoiBoy juga boleh bergabung dengan elemental lain. Kuasa tersebut dipanggil, “Elemental Fusion”. Ia telah diperkenalkan semasa filem BoBoiBoy Movie 2. Buat sementara ini, hanya enam elemental fusion sahaja yang telah diperkenalkan dalam animasi dan komik. Anda boleh lihat senarainya dibawah.

- BoBoiBoy FrostFire
- Gabungan BBB Blaze dan BBB Ais
- BoBoiBoy Glacier
- Gabungan BBB Gempa dan BBB Ais
- BoBoiBoy Supra
- Gabungan BBB Halilintar dan BBB Solar
- BoBoiBoy Sori
- Gabungan BBB Solar dan BBB Duri
- BoBoiBoy Gentar
- Gabungan BBB Gempa dan BBB Halilintar
- BoBoiBoy Sopan
- Gabungan BBB Solar dan BBB Taufan
Setiap kali BBB melakukan melakukan elemental fusion, setiap satu mata BBB akan menyala mengikut warna elemental yang akan digabungkan. Contohnya BBB FrostFire, dimana mata kanan BBB berwarna merah manakala mata kiri berwarna biru.

Lebih banyak lagi kuasa-kuasa gabungan baru yang akan diperkenalkan nanti. Tidak sabar pula untuk melihatnya. Anda yang berminat untuk membaca komik BBB, ianya tersedia dalam fizikal dan digital. Antara platform yang anda boleh gunakan untuk membaca secara digital ialah Google Book dan Webtoon. Motion comic juga akan dilancarkan pada 18 Oktober 2022! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai BoBoiBoy daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post