Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peminat mahu anime Naruto versi remake, punca daripada video ulang tahun!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 5, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Peminat mahu anime Naruto versi remake, punca daripada video ulang tahun!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun ke-20 siri anime Naruto, Studio Pierrot telah mengeluarkan video remake siri Naruto yang menggabungkan semua detik ikonik sekali gus menarik perhatian peminat di media sosial.

Selain Dragon Ball, Naruto juga adalah siri anime paling popular di seluruh dunia. Bagi kebanyakan peminat, siri ini merupakan anime pertama yang mereka tonton, lalu menempah tempat istimewa di hati mereka.

Menerusi pengguna Twitter @v2TokyoGhost, dia berpendapat jika siri Naruto dibuat semula tanpa episod filler pasti akan jadi gila seperti Dragon Ball Z Kai.

a naruto remake of the anime with 0 filler would actually go crazy like they did with dbz kai pic.twitter.com/I1blKY3BoB

— dre (@v2TokyoGhost) October 3, 2022

Hanya selepas beberapa saat selepas klip video itu dikeluarkan, ia mula menjadi viral dan berjaya mendapat ribuan like dan retweet di Twitter. Peminat merasakan nostalgia apabila mereka mula mengimbau semula detik-detik ketika menonton rancangan itu dan ini akan menjadi salah satu siri anime yang paling terkenal dalam sejarah.

Malah selebriti internet, MrBeast kagum dengan kualiti animasi yang baru. Dalam salah satu klip animasi semula yang disiarkan di Twitter, MrBeast bertanya “Berapa banyak yang perlu saya bayar untuk mendapatkan setiap episod seperti ini?” dan jawapannya adalah dalam anggaran kos kira-kira $9 juta untuk membuat semula musim 1 dan MrBeast bersetuju dengan jawapan tersebut.

Populariti anime biasanya akan berkurangan sebaik sahaja siri anime itu tamat, tetapi lain pula untuk siri Naruto. Popularitinya semakin meningkat walaupun sudah tamat lima tahun lepas.

Jika pihak produksi membuat keputusan untuk remake animasi bagi beberapa episod atau OVA dan filem Naruto yang baru sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20, sudah pasti ia akan menjadi satu hadiah yang bermakna buat para peminat Naruto.

Berikut adalah tweet yang viral di mana para peminat meminta untuk remake siri anime Naruto:

https://twitter.com/younwimMn/status/1576908777596461056

This Naruto Remake Anime is freaking wild….

Huge rush of nostalgia…. Did not expect to wake up to this today pic.twitter.com/UtW53hoKKA

— Chibi Reviews (@ChibiReviews) October 3, 2022

Peminat mula membandingkan adegan baru dalam video remake Naruto dengan momen siri yang lama. Kita dapat melihat banyak kesalahan yang diperbetulkan melalui video animasi yang baru. Kualiti animasi yang sangat baik menjadikan detik ikonik seperti kematian Jiraiya lebih menyedihkan.

Sudah tentu untuk remake siri ini mustahil untuk dilakukan kerana Studio Pierrot sedang sibuk dengan sekuelnya, Boruto: Naruto Next Generation dan tidak masuk akal untuk mengabaikan siri tersebut.

Tetapi masih banyak projek yang belum diumumkan tentang ulang tahun Naruto yang ke-20 tahun, mungkin mereka ada kejutan yang lebih besar buat para peminat Naruto pada masa akan datang.

Korang boleh tengok video remake di bawah:

Jadi apa pendapat korang tentang perkara ini? Boleh berikan komen anda di bawah.

Jika anda inginkan banyak lagi berita tentang Naruto, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animenarutonaruto shippuden
Previous Post

“Rupa macam kapal angkasa” – PlayStation Studios Malaysia dedahkan rupa ofis!

Next Post

Shin Ultraman Tiba Di Pawagam! Ini Fakta Menarik Tentang Filem Tersebut!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Shin Ultraman Tiba Di Pawagam! Ini Fakta Menarik Tentang Filem Tersebut!

Shin Ultraman Tiba Di Pawagam! Ini Fakta Menarik Tentang Filem Tersebut!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd