Sudah lama peminat Yakuza meminta supaya Ryu Ga Gotoku keluarkan port untuk PC untuk siri lain mereka iaitu Judgment. Nampaknya anda semua boleh bergembira kerana siri Judgment akan ke PC tidak lama lagi! Bukan setakat itu sahaja, segala DLC juga akan tersedia termasukah The Kaito Files yang meneroka penceritaan baru melalui Masaharu Kaito, salah seorang ahli Yagami Detective Agency.
Kami telah berpeluang untuk mencuba port PC Judgment untuk review. Terima kasih kepada Sega atas peluang hebat ini. Sebagai peringatan, kami tidak akan review gameplay game ini tetapi kami akan lebih fokus terhadap kualiti port game itu sendiri. Jadi nak tahu bagaimana prestasi game Judgment di PC? Teruskan baca review kami ini!
Judgment PC Port
Baiklah bermula dengan game pertama dalam siri, saiz game tersebut lebih kurang 33.2 GB keseluruhannya. Ia lebih kecil berbanding berbanding saiz game Yakuza Like A Dragon. Walaupun ia mengambil masa untuk load game pada mulanya, tetapi selepas itu game berjalan dengan sangat lancar, lebih-lebih lagi kalau anda menggunakan SSD. Ia penting kerana pada PS4, game ini mengambil masa yang agak lama untuk load walaupun ianya hanya transition untuk scene yang biasa.
Selepas berada dalam game, anda bebas untuk mengubah tetapan di mana terdapatnya banyak tetapan untuk grafik dan prestasi game. Untuk FPS, anda boleh mengubahnya bermula 30 sehingga Unlimited. Ini membolehkan refresh rate untuk game mececah sehingga 120 Hz untuk gameplay yang lancar. Untuk pengetahuan anda, game ini kami mainkan pada laptop, jadi resolution maksimum ditetapkan pada 1080p. Jadi ia sudah cukup sesuai ketika bermain.

Selain daripada tetapan grafik asas, anda boleh pilih daripada preset grafik yang terdiri daripada Extra Low, Low, Medium, High, Extra High dan Custom. Banyak juga perincian lain yang anda boleh tukar dengan bebas. Tetapi perbezaan besar antara tetapan paling tinggi dan paling rendah ialah ketajaman grafik sahaja. Apabila bermain dengan tetapan Extra Low, game kelihatan agak kabur tetapi ia masih mengekalkan efek visualnya. Jadi kalau anda mempunyai PC low-end, tidak menjadi masalah untuk anda mainkannya.

Terdapat juga tetapan untuk AMD Fidelity FX Super Resolution 1.0 & 2.0 (FSR), yang turut menyokong GPU NVIDIA. Ianya satu ciri yang berguna untuk upscale resolusi game serta memberikan frame rate yang tinggi serta stabil. Pemain kiga boleh menetapkan kualiti ketajaman game ataupun mementingkan Best Quality atau Performance. Selagi anda mempunyai ciri ini untuk diakses, bermakna anda boleh bermain game ini kerana sistemnya boleh tahan berat juga.

Bercerita tentang prestasi, Judgment boleh dimainkan dengan sangat baik tanpa sebarang crash, glitch mahupun bug. Gameplay-nya lancar sahaja dengan sedikit sahaja gangguan semasa beralih ke scene baru, tetapi ia berlaku semasa misi tailing pertama sahaja. Kami telah bermain pada tetapan maksimum dengan FSR 2.0 danberjaya mendapatkan prestasi sekitar 60- 80 FPS. Ia boleh ditingkatkan sehingga 100 FPS dengan yang rendah pada 55 FPS, tetapi secara keseluruhan game ini berjalan dengan baik kerana teringat pula pada prestasi di PS4 di mana ia hanya pada 30 FPS sahaja. Kalau anda gunakan tetapan paling rendah sekalipun, FPS mungkin naik dalam 20 lebih, menjadikannya kekal sekitar 70 FPS dan seperti tidak berbaloi.

Dengan penggunaan CPU sebanyak 98% – 99%, game ini tidak memakan banyak sangat kuasa CPU dan RAM. Malah lebih sedikit berbanding Google Chrome. Senang cerita, port PC untuk Judgment sangat optimum. Tetapi kalau anda bermain dengan skrin yang lebih besar, mungkin prestasinya berbeza dengan kami.
Lost Judgment PC
Kali ini kita beralih pula kepada sekuel siri, Lost Judgment. Untuk pengetahuan anda, game ini sudah termasuk dengan DLC The Kaito Files dengan saiz game lebih kurang 55.8 GB. Ia tidaklah mempunyai perbezaan pada tetapan umum jika dibandingkan dengan port Judgment. Perbezaan paling ketara yang kami perasan hanyalah Geometry Quality yang terhad untuk tetapan High dan tetapan refresh rate telah dikunci mengikut sistem yang anda gunakan. Jadi, kalau anda menetapkan game dengan refresh rate rendah ataupun tinggi, anda boleh mengubahnya daripada tetapan paparan PC.

Prestasi Lost Judgment agak memeranjatkan kerana ianya lebih bagus berbanding game pertama kerana ia boleh dimainkan dengan framerate yang lebih tinggi. Kami telah bermain kedua-dua game dengan tetapan maksimum dan Lost Judgment boleh dimainkan secara konsisten pada 70 – 80 FPS. Kalau ikutkan, game ini jauh lebih berat dengan peta Yokohama yang lebih besar berbanding Kamurocho. Jadi memang terkejut jugalah apabila prestasinya lebih mantap berbanding Judgment. Walaupun FPS-nya kadang-kadang mampu mencecah 100 FPS, tetapi jarang jugalah. Yang pasti kadar FPS Lost Judgment tidak pernah turun bawah 60 FPS. Itu sahaja sudah cukup bagus. Cuma kelancaran cutscene-nya sahaja yang tidak begitu konsisten.

Kalau anda sudah biasa bermain game daripada RGG seperti Yakuza, mesti anda tahu bagaimana kualiti cutscene game tersebut. Dalam cutscene cerita biasa, FPS-nya lebih selaras dengan apa yang anda sedanga mainkan tetapi apabila cutscene yang berkualiti tinggi dimainkan, ia tidaklah begitu lancar dan terasa seperti ia dimainkan pada 30 FPS. Walaupun ia bukan masalah yang besar, tetapi kalau ia mempunyai prestasi yang sama dengan cutscene seperti game pertama, sudah pasti ianya lebih baik.

Sama seperti Judgment, kalau anda menggunakan tetapan paling rendah, ia akan menambah kadar FPS sebanyak 20 menjadikan purata kepada 80 FPS. Walaupun ia tidak begitu drastik tetapi sekurang-kurangnya ia masih lagi lebih tinggi berbanding game pertama.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kami memang berpuas hati dengan siri Judgment PC dan RGG Studio telah melakukan kerja yang sangat hebat. Kami sangat terkejut apabila Lost Judgment mampu menawarkan FPS yang lebih tinggi berbanding Judgment walaupun cutscene lebih rendah apabila dikunci pada 120 FPS. Tetapi itu juga bergantung pada refresh rate anda. Game ini juga tidak memakan begitu banyak sumber pada PC seperti yang dijangkakan. Jadi kalau anda tidak perlu begitu risau kalau ingin bermain pada jangka masa yang lama terutamanya anda yang menggunakan laptop.

Apapun, anda sudah boleh beli Judgment dan Lost Judgment ini di Steam sekarang. Kalau anda membeli Judgment Collection di Steam, anda boleh mendapatkan DLC The Kaito Files secara percuma. Untuk segala liputan mengenai siri game ini, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post