Selepas mendengar pengumuman dari Sony yang mengatakan next-gen konsol itu berada dalam pembangunan, korang mesti tertanya-tanya apa itu “ray tracing” dan kenapa ianya adalah perkara yang sangat besar dalam penghasilan hardware permainan video berprestasi tinggi. Untuk membuat ujian pada Ray Tracing ini, Digital Foundry memberi demo menggunakanya dalam game Minecraft.
Mod itu tidak mengubah sebarang rekaan grafiknya yang berbentuk model polygon, tetapi ia mengubah sedikit sistem lighting dengan memasukkan enjin ray tracing, yang menyebabkan perubahan ketara dari segi pencahayaan dan bayang. Ini bermaksud, rupa bentuk bahan dan elemen dalam game ini akan terjejas dengan cahaya.

John Linneman dari Digital Foundry berkata:
“Pengiraan dilakukan dengan mudah kerana objek dalam game ini tidak bergerak dan berada dalam binary, situasinya pula adalah semasa-ataupun-telah dipadam.”
Bilik yang mereka bina bukan sahaja dapat menunjukkan sinaran matahari yang cerah, tetapi juga bagaimana sebuah bilik mampu memberikan beberapa refleksi dari sumber cahaya, dan bagaimana permukaan berwarna juga mempunyai refleksinya tersendiri. Visual ini menunjukkan betapa hebatnya hardware ini mampu menghasilkan. Alex Bataglia, juga producer untuk Digital Foundry berkata:
“Secara jujurnya ia kelihatan seperti rendering seni bina!”
Demo teknikal ini lebih berkuasa dari Xbox One X, namun, apabila mod RTX ini dipasang, ia hanya berjalan pada 720p dan terkunci pada 30 FPS setiap saat. Kalau game Minecraft pun dah nampak sangat real seakan-akan dunia sebenar dengan mod RTX ini, bayangkan apa yang game masa hadapan akan bawakan untuk kita! Power gila beb!
Sumber: Digital Foundry
@gamersantaimy
Discussion about this post