Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

AMD Ryzen 7000 Series diumumkan, bakal lancar pada 27 September 2022

safwan by safwan
August 30, 2022
in Artikel, Berita, CPU, Teknologi
0 0
0
AMD Ryzen 7000 Series diumumkan, bakal lancar pada 27 September 2022
Share on FacebookShare on Twitter

AMD baru sahaja mendedahkan yang mereka akan melancarkan generasi baharu iaitu Ryzen 7000 pada 27 September 2022. Bersama dengan pendedahan ini, mereka juga memberikan spesifikasi penuh, prestasi dan juga harga.

Sebelum pergi dengan lebih jauh, jom saya kenalkan senarai barisan baharu berserta harganya.

  • AMD Ryzen 9 7950X – $699 (anggaran RM 3135.36)
  • AMD Ryzen 9 7900X – $549 (anggaran RM 2462.54)
  • AMD Ryzen 7 7700X – $399 (anggaran RM 1789.71)
  • AMD Ryzen 5 7600X – $299 (anggaran RM 1341.16)

AMD Ryzen 9 7950X

Mari kita bermula pada CPU yang paling bangsawan sekali. AMD Ryzen 9 7950X masih didatangkan dengan 16 cores dan 32 thread padanya. Dengan menampilkan “base frequency” sebanyak 4.5GHz dan “boost Clock” sehingga 5.7GHz, ia menjadikan 200MHz lebih pantas daripada Intel Alder Lake Core i9-12900KS.

Ia didatangkan dengan 170W TDP (230W PPT) dan cache sebanyak 80MB termasuk daripada 64MB dari L3 dan 16MB dari L2.

Dari segi prestasi gaming, AMD Ryzen 9 7950X menawarkan peningkatan sebanyak 35% lebih baik berbanding AMD Ryzen 9 5950X dalam Shadow of the Tomb Raider. Untuk creator pula, CPU ini dapat menawarkan peningkatan sebanyak 48% dalam C-Ray Render. Melihat kedua-dua perbezaan ini, nampaknya Ryzen 9 generasi baharu menawarkan peningkatan yang sangat tinggi.

AMD Ryzen 9 7900X

Untuk Ryzen 9 7900X, ia didatangkan dengan 12 core dan 24 thread. CPU ini dilengkapi dengan “base clock” yang lebih tinggi iaitu 4.7GHz dan “boost clock” pada 5.6GHz. Sama seperti Ryzen 9 7950X, ia didatangkan dengan 170W TDP. Manakala cache agak kurang sedikit dengan menawarkan sebanyak 76MB termasuk daripada 64MB dari L3 dan 12MB dari L2.

Untuk prestasi, ia dikatakan sama seperti Ryzen 9 5900X tetapi CPU ini menawarkan keupayaan pemproses yang lebih baik.

AMD Ryzen 7 7700X

Manakala Ryzen 7 7700X pula dilengkapi dengan 8 core dan 16 thread. Ia juga didatangkan dengan “base clock” sebanyak 4.5GHz dan “boost clock” sebanyak 5.4GHz bersama 105W TDP(142W PPT) yang lebih rendah. Cache yang ditawarkan hanya 40MB termasuk daripada 32 MB L3 dan 8MB L2.

AMD Ryzen 5 7600X

Mari kita beralih dengan CPU yang paling bawah atau lebih dikenali sebagai CPU bajet. Ryzen 5 7600X didatangkan dengan 6 core dan 12 thread yang menampilkan “base clock” 4.7GHz dan “boost frequency” 5.3GHz. CPU ini juga dikuasakan dengan 105W TDP (142W PPT) yang jauh lebih tinggi daripada generasi sebelum ini.

CPU ini dilengkapi dengan 38MB cache yang termasuk daripada 32MB L3 dan 6MB L2. Prestasi yang ditawarkan sangat memberangsangkan iaitu sebanyak 5% peningkatan jika dibandingkan dengan i9-12900K.

Dengan melihat keseluruhan spesifikasi dan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua CPU, nampaknya prestasi yang ditawarkan sangat berbaloi dengan harga. Malah CPU yang bajet juga dapat memberikan peningkatan yang baik. Tambah pula dibandingkan dengan Intel i9-12900K, sudah pasti ramai yang akan menantikan.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa siri AMD Ryzen 7000 ini akan dilancarkan pada 27 September 2022 dan dibuka untuk pre-order 2 minggu lebih awal pada 15 September 2022. Untuk spesifikasi penuh, korang boleh rujuk laman web rasmi AMD Ryzen di sini.

Apa pendapat korang tentang prestasi dan spesifikasi yang didatangkan pada siri AMD Ryzen 7000 ini? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk dapatkan lebih banyak berita menarik mengenai teknologi, game, anime dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AMD Ryzen 5 7600XAMD Ryzen 7 7700XAMD Ryzen 700 SeriesAMD Ryzen 9 7900XAMD Ryzen 9 7950X
Previous Post

Mafia 4 Sah Dibangunkan Oleh Hangar 13, Game Percuma Akan Diberikan September ini!

Next Post

Warner Bros. Menyesal Lepaskan Filem Zack Snyder’s Justice League!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Warner Bros. Menyesal Lepaskan Filem Zack Snyder’s Justice League!

Warner Bros. Menyesal Lepaskan Filem Zack Snyder's Justice League!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd