Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Destroy All Humans 2 – Reprobed — Crypto kembali menentang KGB bukan mencari koko

safwan by safwan
August 26, 2022
in Action, Artikel, Berita, Game Baru, Game Review, Open World, PC, PS5, Review, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
[Review] Destroy All Humans 2 – Reprobed — Crypto kembali menentang KGB bukan mencari koko
Share on FacebookShare on Twitter

Alien kini kembali! Kali ini, Crypto kembali dalam Destroy All Humans 2 – Reprobed untuk membalas dendam terhadap KGB atas kemusnahan mothership-nya. Dibangunkan oleh Black Forest Games dan diterbitkan oleh THQ Nordic, ia akan dilancarkan pada 30 Ogos 2022 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Terima kasih kepada THQ Nordic kerana memberikan kami peluang untuk bermain Destroy All Humans 2 -Reprobed dengan awal. Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, ini adalah review Destroy All Humans 2 – Reprobed daripada kami.

Penampilan

Baru sahaja bermain, saya dapat rasakan yang game ini sangat baik sebenarnya dan kesemua tetapan grafik yang saya gunakan adalah ultra. Destroy All Humans 2 – Reprobed juga dapat menyokong DLSS di mana ia langsung tidak memberikan sebarang masalah semasa saya bermain pada laptop yang menggunakan GPU NVIDIA RTX 3060.

Dialog yang dihasilkan semua nampak sangat baik, cuma anda perlu membiasakan diri dengan hippie dalam bahagian tutorial. Untuk pengetahuan anda, terdapat keratan akhbar yang mengatakan tentang misi terakhir dalam Destroy All Humans 2 -Reprobed.

Ia juga menyediakan “photo mode” yang membolehkan anda mengambil gambar sekeliling dan terdapat beberapa pilihan penyesuaian yang boleh digunakan.

Gameplay

Sebagai sekuel kepada Destroy All Humans, sudah pasti jalan ceritanya akan bersambung. Namun mereka beranggapan yang anda sudah bermainnya dan tahu segala apa yang berlaku dalam gamenya yang pertama.

Saya telah menghabiskan masa lebih kurang 1 jam untuk menghabiskan tutorial dan ianya bukannya open world pada awalnya. Dengan adanya tutorial, korang akan diberikan semua maklumat tentang cara mengawal dan banyak lagi.

Dalam game ini, anda akan bermain sebagai Crypto seekor makhluk asing yang boleh membaca fikiran orang ramai untuk mendapatkan maklumat, menghapuskan ingatan, meletupkan kepala, dapatkan beberapa DNA dan mengambil alih badan mereka untuk berjalan-jalan sebagai manusia.

Selain itu, dia juga mempunyai kuasa telekinesis untuk mengangkat objek atau menggunakan pistol. Tidak lama kemudian, anda akan menerima kenderaan yang dipanggil “flying saucer” atau lebih dikenali sebagai UFO di mana ia adalah tempat untuk upgrade kesemua barang yang ada. Terdapat banyak alat dan senjata yang boleh didapatkan sepanjang game. Setiap alat dan senjata mempunyai efek yang berbeza dan unik.

Untuk mendapatkan pengalaman yang seronok, saya cadangkan anda untuk bermain dengan menggunakan controller. Mengenai open-world yang tidak sebegitu, saya rasa anda boleh bergerak secara bebas untuk menerokai dunia Destroy All Humans.

Manakala kenderaan korang mempunyai ability untuk menyembunyi dengan sendiri supaya ia tidak dapat dikesan atau ditembak sehingga musnah. Anda diperlukan untuk menerokai dunia tersebut bagi mengumpulkan “DNA Point” untuk upgrade kesemua senjata dan alat.

Selepas menerima misi yang berkaitan dengan jalan cerita, pergerakan anda untuk meneroka dunia agak terhad kerana anda mempunyai objektif yang perlu diselesaikan. Kadang-kadang misi tersebut mempunyai masa yang terhad. Terdapat juga beberapa checkpoint untuk korang kembali ke belakang sekiranya gagal untuk menyelesaikan misi tersebut.

Anda akan bermain sebagai makhluk asing dan apabila manusia melihatnya, sudah pasti kawasan itu akan menjadi huru-hara. Apa yang anda boleh buat sekiranya perkara ini berlaku adalah bersembunyi di beberapa kawasan terlindung, atau memasuki badan manusia dan berjalan seperti mereka.

Kesimpulan

Dengan bermain game ini tanpa pengetahuan daripada game pertamanya, saya dapat rasa keseronokan dan pengalaman yang diberikan melalui gameplay adalah sangat baik dan semuanya berfungsi dengan sangat baik. Lagi-lagi dapat bermain pada zaman di mana kumpulan hippie sedang meningkat naik.

Walaupun begitu, saya merasakan yang ianya sebenarnya mempunyai beberapa kekurangan termasuk HUD semasa memandu UFO tidak begitu membantu dan efek yang boleh membuatkan “motion sickness” saya muncul.

Namun, terdapat juga beberapa perkara yang saya suka tentang game ini seperti merasuk dan mengawal badan manusia. Hal ini kerana, ianya sangat penting untuk mengumpul DNA, menyembunyikan diri, mempelajari pelbagai info baharu dan banyak lagi. mengetahui banyak info.

Kalau korang berminat untuk mendapatkan Destroy All Humans 2 – Reprobed, ia akan tersedia pada 30 Ogos 2022 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC. Untuk dapatkan review lain berkenaan game, filem dan teknologi, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Destroy All Humans! 2
Previous Post

Wo Long: Fallen Dynasty Tampilkan Aksi Hebat Seni Bela Diri, Demo Akan Tersedia di Acara TGS 2022!

Next Post

OG memenangi ESL One Malaysia 2022 walaupun jatuh Lower Bracket

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
OG memenangi ESL One Malaysia 2022 walaupun jatuh Lower Bracket

OG memenangi ESL One Malaysia 2022 walaupun jatuh Lower Bracket

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd