Sony Interactive Entertainment akan melancarkan system update PlayStation 5 (PS5) baharu tidak lama lagi yang menambahkan sokongan resolusi 1440p, folder untuk menyusun game kegemaran dan kemas kini tambahan. Buat masa ini, update tersebut berada dalam status beta di negara tertentu dan bakal dikeluarkan selepas selesai tempoh ujian.
Berikut adalah butiran penuh melalui PlayStation Blog:
Pilihan Gameplay dan Personalization baharu
- Output Video HDMI 1440p
- PS5 beta memperkenalkan sokongan untuk output video HDMI 1440p, yang membolehkan pemain memilih tetapan visual tambahan pada monitor PC dan TV yang serasi.
- Jika anda bermain game dengan resolusi yang lebih tinggi seperti 4K, maka anda mendapat manfaat daripada anti-aliasing yang dipertingkatkan melalui supersampling kepada output 1440p.
- Anda boleh melihat sama ada peranti HDMI anda serasi dengan memilih “Test 1440p Output” di bawah pilihan “Screen and Video” dalam tetapan sistem.

- Gamelists
- Dalam Game Library, anda kini boleh membuat gamelist (folder), yang memudahkan anda menyusun game.
- Untuk bermula, pergi ke tab [Your Collection] dan pilih [Create Gamelist]. Pilih game untuk ditambahkan pada gamelist, kemudian pilih nama untuknya.
- Anda boleh mempunyai sehingga 15 gamelist dan 100 game bagi setiap gamelist. Semua game di bawah tab “Your Collection” anda boleh ditambahkan pada gamelist, termasuk disc dan digital.

- Bandingkan Audio 3D dan Audio Stereo
- Anda kini boleh mendengar dan membandingkan perbezaan antara audio 3D dan stereo pada skrin yang sama, kemudian pilih tetapan anda.

- Akses lebih mudah kepada ‘In-progress Activities’
- Apabila menyambung semula sebuah game, ‘in-progress activities’ sering ditunjukkan dengan jelas di bahagian atas game hub untuk menjadikannya semudah dan secepat mungkin untuk kembali ke tempat anda berhenti.

Ciri Sosial baharu
- Request Share Screen
- Anda kini boleh meminta ahli parti untuk memulakan Screen Share untuk menonton gameplay mereka. Pergi ke kad voice chat, pilih ahli parti yang ingin anda hantar permintaan, kemudian pilih [Request Share Screen].

- Notifikasi untuk ‘Joinable Game’
- Apabila anda menyertai parti dan ahli parti sedang bermain game yang anda boleh sertai, anda kini akan menerima notifikasi. Anda boleh menyertai game itu terus dari notifikasi tersebut.

- Lihat profil ‘Friend’ baharu
- Apabila anda menerima ‘friend request dalam senarai [Received], anda kini boleh melihat profil rakan baharu anda dalam [Permintaan Diterima].
- Hantar Sticker dan mesej suara dalam Game Base
- Dalam kad Game Base, kini anda boleh menghantar sticker dan mesej suara kepada group anda.

Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post