Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dato’ M. Nasir sertai pasukan esport RSG Malaysia, In Game Name bernama Sifu

safwan by safwan
July 29, 2022
in Android, Artikel, Berita, Esports, iOS, MOBA, Mobile, Tempatan
0 0
0
Dato’ M. Nasir sertai pasukan esport RSG Malaysia, In Game Name bernama Sifu
Share on FacebookShare on Twitter

RSG Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah membawa masuk pemain baru iaitu Sifu atau lebih dikenali sebagai Dato’ M. Nasir.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RSG Malaysia (@rsg.malaysia)

Pengumuman tersebut telah dibuat di akaun rasmi RSG Malaysia bersama caption ringkas yang mengatakan Dato’ M. Nasir akan bermain di posisi Flex dalam MLBB nanti. Namun, kami pasti ianya tidak mungkin akan berlaku dan besar kemungkinan hanya sebagai duta kepada organisasi esport RSG Malaysia.

Menurut RSG, peranan Dato’ M. Nasir adalah untuk memberikan motivasi sekali gus menaikkan semangat kepada pemain MLBB RSG Malaysia semasa kejohanan MPL Malaysia musim 10 nanti. Bukan itu sahaja, terdapat juga peranan lain yang lebih penting akan dimainkan oleh Dato’ M. Nasir tetapi ia akan diumumkan pada bulan Ogos nanti.

Dato’ M. Nasir merupakan seorang ikon, legenda dan juga veteran dalam industri muzik tanah air kita Malaysia. Dia telah memulakan kerjayanya bersama kumpulan Kembara sebagai penyanyi dan pemain gitar. Namun, ia hanya dalam tempoh yang sekejap dan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo.

Beliau telah banyak mengeluarkan lagu dan antara yang popular adalah Mustika, Apokalips, Mentera Semerah Padi, Raikan Cinta dan Pheonix Bangkit Dari Abu. Beliau telah menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Popular Berita Harian.

Sekali lagi saya ingin mengingatkan korang bahawa Dato’ M. Nasir dengan IGN Sifu telah menyertai organisasi esport RSG Malaysia dan akan bermain sebagai flex dalam kejohanan MPL Malaysia musim 10. Apa pendapat korang tentang berita ini? Jom kongsikan pendapat di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai esport, game, anime dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Dato' M. NasirMobile LegendsRSG Malaysia
Previous Post

Backbone One – Controller berlesen rasmi PlayStation untuk pengguna iPhone!

Next Post

‘System update’ PS5 akan menambah sokongan 1440p, folder game & banyak lagi

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
‘System update’ PS5 akan menambah sokongan 1440p, folder game & banyak lagi

'System update' PS5 akan menambah sokongan 1440p, folder game & banyak lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd