Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA Sports FIFA 23 tambah Crossplay, Teknologi HyperMotion2 & Pasukan Wanita – Info lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2022
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
EA Sports FIFA 23 tambah Crossplay, Teknologi HyperMotion2 & Pasukan Wanita – Info lengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai game FIFA paling terkini, EA Sports FIFA 23 akan meluaskan lagi pengaruhnya di dunia permainan sukan dengan pelaksanaan ciri crossplay, teknologi HyperMotion2, penambahan pasukan bola sepak wanita dan beberapa mode baru. Pre-order kini dibuka untuk FIFA 23 yang bakal dilancarkan pada PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, PlayStation 4 dan Xbox One pada 30 September manakala akses awal untuk FIFA 23 Ultimate Edition akan bermula pada 27 September 2022.

Berikut adalah rumusan bagi kandungan baru:

HyperMotion2

Kemajuan kepada teknologi dan sistem fizik HyperMotion2 telah membuka pelbagai ciri baharu yang menjadikan pengalaman gameplay terasa lebih mengasyikkan berbanding sebelum ini. Pergerakan pasukan dan pemain merentas padang kini lebih responsif, bijak dan tulen, sama ada bertanding melawan pemain pertahanan atau menangkap bola di udara sebagai penjaga gol. Pemain juga boleh dapat mengalami sistem “intelligent dribbling” baharu, animasi yang lebih semula jadi dan lancar semasa menyepak, mekanik “acceleration/pecutan” serba baharu, kesedaran pemain yang dipertingkatkan, dan banyak lagi.

Pasukan bola sepak Wanita

FIFA 23 kini mempunyai pasukan kelab wanita dengan penambahan Barclays Women’s Super League dan Division 1 Arkema dan menurut EA Sports, game ini akan memiliki sebanyak 19,000+ pemain daripada 700+ pasukan di lebih 100 stadium dan lebih 30 liga berbeza.

Bukan itu sahaja, peminat juga berpeluang untuk bermain kedua-dua Piala Dunia FIFA Lelaki dan Wanita dalam game yang sama, dengan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan Piala Dunia Wanita FIFA Australia dan New Zealand 202 sebagai kemas kini percuma selepas pelancaran. Butiran lanjut akan diumumkan pada tarikh lanjut.

Ciri Crossplay

Akhirnya, ciri crossplay juga telah ditambah ke dalam FIFA 23 yang bermakna kita bermain dengan rakan di platform lain (tetapi dengan sedikit kekurangan). Secara lebih khusus, PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC boleh bermain bersama-sama tetapi tidak boleh bermain dengan PlayStation 4 dan Xbox One. Sama seperti situasi konsol next-gen, versi PlayStation 4 dan Xbox One boleh bermain bersama-sama tetapi tidak boleh bermain dengan PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC.

Ciri crossplay juga akan tersedia di semua online dalam FIFA 23.

Tambahan lain

FIFA 23 menampilkan pelbagai penambahbaikan dan inovasi kepada pelbagai mode termasuk Career Mode, Pro Clubs, VOLTA FOOTBALL, FIFA 23 Ultimate Team dan banyak lagi. Sistem bimbingan Training Center baharu juga memberikan pemain baru dan kurang berpengalaman keupayaan untuk mempelajari asas-asas permainan dengan mudah dan mengasah kemahiran mereka sebelum memulakan perlawanan sebenar.


Sekali lagi saya ingatkan, FIFA 23 akan tersedia di seluruh dunia melalui PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, PS4 dan Xbox One pada 30 September. Akses awal untuk FIFA 23 Ultimate Edition akan bermula pada 27 September 2022.

Tags: crossplayFIFA 23HyperMotion2
Previous Post

ONE PIECE FILM RED akan ditayangkan di Malaysia pada 22 September di GSC Cinemas!

Next Post

Minecraft sekat NFT dan Blockchain daripada server game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Minecraft sekat NFT dan Blockchain daripada server game!

Minecraft sekat NFT dan Blockchain daripada server game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd