Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Antara sebab anime Spy x Family menjadi sangat popular dan diminati ramai!

Maira by Maira
June 30, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Antara sebab anime Spy x Family menjadi sangat popular dan diminati ramai!
Share on FacebookShare on Twitter

Spy x Family telah menjadi siri anime yang hangat ditonton oleh ramai peminat anime selepas bermulanya musim terbaru tayangan anime. Bukan setakat itu sahaja, ia juga menempah tempat di hati ramai peminat selepas tayangannya. Siri manga Spy x Family sememangnya sudah popular tetapi dengan penangan anime, jualannya juga naik dengan mendadak. Pernah terfikir tidak mengapa siri ini menjadi popular dengan sangat pantas? Jom kami berikan beberapa sebab Spy x Family menjadi sangat popular.

Lebih menonjol daripada siri anime lain

Kalau anda sedar, siri anime yang ditayangkan pada musim bunga (Spring) banyak bergenre isekai dan komedi. Masih lagi ada anime lain yang hebat seperti Summer Time Rendering dan Tomodachi game, tetapi penerimaannya tidak setanding dengan anime Spy x Family. Belum bercerita tentang anime yang animasinya hanya biasa-biasa sahaja. Spy x Family pula elok dihasilkan oleh dua studio hebat iaitu Wit studio dan Cloverworks. Memang kualitinya mantaplah. Dicampur pula dengan penceritaannya yang ringan serta mudah ditonton, sudah tentu lebih ramai yang tertarik untuk menontonnya.

Watak-watak yang menarik

Rasanya penonton semua tahu kenapa tajuk siri ini bernama “Spy x Family”. Kita mengikuti watak seorang pengintip, Twilight yang terpaksa membina keluarga untuk menjalankan misinya. Keluarga tersebut ialah keluarga Forger, di mana setiap ahlinya mempunyai rahsia masing-masing.

Twilight sebagai Loid Forger, seorang pengintip hebat dengan misi rahsianya. Yor Forger, seorang pembunuh upahan yang kelihatan seperti pekerja biasa. Anya Forger pula seorang kanak-knak yang boleh membaca fikiran orang sekelilingnya. Memang satu barisan watak yang menarik untuk sebuah anime. Lebih menarik sekali, rahsia tersebut masih belum terbongkar. Agaknya apalah jadi jika mereka semua berterus-terang antara satu sama lain.


Sekadar pendapat, plot penceritaan Spy x Family tidaklah begitu hebat jika dibandingkan dengan siri lain yang diterbitkan oleh Shueisha. Tetapi ia mampu memberikan peminat sesuatu yang menghiburkan sambil melihat gelagat watak-watak sebagai sebuah keluarga.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kali ini. Anda pula macam mana? Apa yang menarik anda untuk menonton Spy x Family? Boleh kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri ini daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeSpy x Family
Previous Post

Menurut kajian, NARUTO merupakan siri anime paling POPULAR di dunia!

Next Post

Stuntfest – World Tour akan dikeluarkan pada hujung tahun 2022 di PC!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Stuntfest – World Tour akan dikeluarkan pada hujung tahun 2022 di PC!

Stuntfest - World Tour akan dikeluarkan pada hujung tahun 2022 di PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd